Wednesday, May 23, 2018

Nisbah hutang dengan KDNK kini 65 peratus, kata PM

Nisbah hutang negara dengan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) kini pada kadar 65 peratus, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Peratusan itu dimaklumkan oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng, katanya pada sidang media selepas mesyuarat kabinet di Putrajaya hari ini.

Mahathir menjawab soalan pemberita berhubung kadar semasa berdasarkan anggarannya bahawa hutang negara kini pada RM1 trilion.

Pada Mac lalu, bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata kadar hutang dengan KDNK adalah 50.8 peratus, kurang daripada had yang ditetapkan iaitu 55 peratus.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...