Wednesday, May 30, 2018

Projek ECRL ‘pejanjian aneh’, kata Wan Azizah

Mohamad Fadli


Timbalan perdana menteri berkata terma-terma dalam perjanjian projek Laluan Kereta Api Pantai Timur amat aneh kerana tidak berdasarkan kemajuan kerja.

Dr Wan Azizah berkata kerajaan tidak mahu membayar pampasan yang merugikan negara.

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata kerajaan perlu berhati-hati menilai perjanjian projek Laluan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) kerana terma-terma perjanjian yang amat aneh.

Wan Azizah berkata pihaknya diberitahu terma-terma dalam perjanjian itu “boleh kata amat aneh” kerana antaranya ia “tidak berdasarkan kemajuan kerja.”

“Perdana menteri perlu mengkaji semula projek itu kerana kita sudah membuat satu perjanjian semasa kerajaan lepas dan kita tidak mahu bayar pampasan yang akan merugikan negara,” katanya ketika ditemui di majlis berbuka puasa di Kompleks Sukan Pantai Eco City Park.


Pakatan Harapan mahu mengkaji semula projek laluan keretapi api bernilai RM55 bilion itu, yang sepanjang 688km merentasi sebahagian Selangor, Pahang, Terengganu dan Kelantan. Langkah menkaji semula projek besar ini, termasuk projek-projek besar lain seperti Keretapi Api Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur-Singapura (HSR), sebahagian daripada usaha kerajaan untuk berjimat cermat dan mengurangkan hutang negara.

Ditanya mengenai respons Singapura kepada projek HSR, Dr Wan Azizah berkata republik pulau itu memberi komitmen kepada sebarang perbincangan mengenai projek itu.

“Apabila Dr Mahathir buat keputusan ia telah mengambil kira banyak perkara dari segi kewangan negara. HSR bukan pengangkutan awam yang menjadi pilihan sebab sekarang ada penerbangan murah dan penerbangan domestik,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Wan Azizah berkata PH memang terbuka kepada mana-mana pihak untuk bersama mereka.

Sementara itu, Wan Aziah menyokong idea membenarkan ahli Umno menyertai PH asalkan mereka bersama agenda reformasi gabungan itu.

“Memang ada perbezaan antara parti dan pendapat namun kalau kita tiba pada satu tahap di mana rakyat memilih (kata putus). Kita nakkan kerajaan untuk semua,” katanya.

Penerimaan ahli Umno menimbulkan perbezaan pendapat dalam kalangan pimpinan Pakatan Harapan. Dr Mahathir hari ini berkata PPBM mendapati ramai ahli-ahli Umno berminat menyertai PPPBM dan mengalu-alukan mereka.

“Kita tentukan mereka boleh sertai parti kita setelah mereka isytihar keluar Umno dan jadi bebas, dan kemudian nyatakan pendirian mereka terhadap kerajaan PA, barulah kita boleh timbang kemasukan mereka,” kata perdana menteri.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...