Monday, June 4, 2018

Tun M buktikan rakyat pilih ‘parti miskin’ ketika PRU14

 Tun M buktikan rakyat pilih ‘parti miskin’ ketika PRU14
ALOR SETAR - Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, kemenangan besar Pakatan Harapan (Harapan) pada PRU14 membuktikan rakyat mampu menolak sogokan dan rasuah yang ditawarkan kerajaan terdahulu bagi mendapatkan undi.

Katanya, tindakan itu didorong rasa tanggungjawab rakyat terhadap kesejahteraan agama, bangsa dan negara.

"Sebab itu ramai rakyat dari semua peringkat tolak parti yang umpan mereka dengan sogokan sebaliknya mereka beri sokongan kepada parti yang miskin dan tidak dapat hulur wang dan macam-macam lagi sogokan.

"Rakyat memberi sokongan kuat sehingga terjatuhnya sebuah kerajaan yang memerintah negara selama 61 tahun kerana sikap mereka (kerajaan terdahulu) yang bertukar daripada pejuang kemerdekaan kepada parti yang tamak untuk kumpul kekayaan sendiri," katanya pada Majlis Berbuka Puasa bersama Pimpinan dan Jentera Pilihan Raya PH Kedah di Dewan Seri Mentaloon, di sini hari ini.


Turut hadir, Menteri Besar Kedah yang juga Pengerusi Harapan Negeri Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir serta barisan pemimpin tertinggi parti komponen PH Kedah. - Bernama

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...