Friday, July 20, 2018

Aduhai RAIS YATIM.. KASUT HITAM yang kelupoqnya..!

RAIS DAN KASUT HITAM

Dalam begitu banyak isu yang Maszlee bangkitkan, Rais hanya komen tentang kasut hitam. Kenapa tak komen tentang pendidikan khas, pendidikan seni, buku teks dan banyak lagi isu lain?

Untung syarikat kasut? Kalau pakai kasut putih pun, syarikat kasut juga yang buat kasut, bukan syarikat buat karipap sejuk beku. Hitam atau putih, syarikat kasut yang untung.

Bebankan ibu bapa? Masih ada lima bulan untuk pakai kasut putih yang masih ada. Ia tetap akan rosak dan ibu bapa tetap perlu beli kasut baru pada hujung tahun ini. Semasa beli baru, belilah kasut hitam. Harga kasut putih dan hitam lebih kurang sama saja.


Kalau kasut putih yang ada belum rosak, pakailah dulu pada awal tahun hadapan sampai rosak. Kemudian belilah kasut hitam.

Takkanlah cikgu nak halau pelajar yang datang sekolah pakai kasut putih pada tahun depan sementara kasut itu belum rosak?

Harap Rais tidak merosakkan reputasinya sebagai orang cerdik hanya kerana kasut hitam.

Zolkharnain Abidin

4 comments:

  1. Kasut hitam tak yah nk beli kapur dah... tak taulah kalau ada kapur hitam pulak nanti....

    ReplyDelete
  2. Rais yatim ni meracau sal x di lantik jadi speker dewan rakyak...ki2...dia x da dlm ph pn x per bukan tamai pengikutnya...

    ReplyDelete
  3. Rais yatim ni meracau sal x di lantik jadi speker dewan rakyak...ki2...dia x da dlm ph pn x per bukan tamai pengikutnya...

    ReplyDelete
  4. Kasut putih..dok perabaih duit nak beli sayok...pasai dok kena beli kapok kasut nak bagi putih kasut ... budak2 pulak kerja dok basuh kasut pasai selalu nampak comot...kasut itam lega la sikit ..kalau kotok pun tak la nampak sangat.. tapi biak la kasut kanvas.. pasai morah dan mak bapak pun tak susah... aku sokong pi sekolah pakai kasut itam.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...