Friday, July 13, 2018

Apabila kenyataan PEGUAM & USTAZ PAS bercanggah isu perlantikan KETUA HAKIM NEGARA



Kot ada yg tak kenal... Sdr Hamid Ismail ni calon PAS Tanjong Aru Sabah... juga Pengerusi Lajnah Undang-Undang Pas Sabah....So far beliau bersetuju Tan Sri Datuk Seri Panglima Richard Malanjum kepada jawatan Ketua Hakim Negara.. namun kenapa pimpinan lain yang bertaraf Ustaz memberikan komen seolah-olah Malaysia & islam sudah menjadi KIAMAT dengan perlantikan ini..

2 hrs

Ini gambar saya bersama Tan Sri Datuk Seri Panglima Richard Malanjum pada awal tahun ini semasa pembukaan Tahun Perundangan Sabah dan Sarawak 2018 di Miri, Sarawak.

Dia adalah Hakim Mahkamah Persekutuan paling senior. Maka, jika ada kekosongan kepada jawatan Ketua Hakim Negara selepas Tun Raus, dia adalah calon yang patut dan layak untuk memegang jawatan itu.

Sejak memegang jawatan sebelum ini, iaitu Ketua Hakim Mahkamah Sabah dan Sarawak, beliau telah membuat perubahan drastik terhadap sistem kehakiman di Sabah dan Sarawak. Pemfailan dokumen secara e-filing dimulakan oleh beliau di Sabah dan Sarawak. Sistem ini kemudian telah diikuti di Semenanjung Malaysia. Beliau juga mewujudkan sistem mahkamah yang mempercepatkan pendengaran kes dan juga mengelakkan kes dari terbiar lama atau tertunda. Beliau juga mementingkan para peguam, terutamanya peguam-peguam Sabah, agar sentiasa meningkatkan kualiti perkhidmatan mereka sama ada kepada mahkamah atau klien.


Untuk menilai mutu dan kualiti penghakimannya, membaca alasan-alasan penghakiman beliau adalah wajib. Alasan-alasan penghakiman itu boleh didapati di homepage Mahkamah Persekutuan atau perpustakaan mana-mana firma guaman.

Kesimpulannya, sebagai orang Sabah, saya berbangga beliau dilantik menjadi Ketua Hakim Negara. Sebagai peguam, saya yakin perubahan yang positif terhadap sistem kehakiman negara akan berlaku. Sebagai seorang muslim, saya menilai beliau berdasarkan fakta yang saya tahu.

Prince of Sembulan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...