Saturday, July 7, 2018

Inikah nahi mungkar ala PAS?

INIKAH NAHI MUNGKAR ALA PAS?

1. Kita anggarkan ada 20 juta orang Islam di Malaysia. Mereka menetap di dalam 5 juta buah rumah, dengan anggaran 4 orang setiap sebuah rumah.

2. Maka, Pas mahu negara kita ada 5 juta penguatkuasa agama yang mengintip setiap rumah untuk memastikan orang Islam tidak melakukan dosa di dalam rumah itu.

3. Penguatkuasa agama itu mesti sentiasa bersama penghuni rumah itu untuk memastikan mereka tidak melakukan maksiat atau dosa peribadi.

4. Bahkan, perlu juga ada penguatkuasa tambahan untuk mengekori setiap orang Islam kemana-mana saja, bimbang orang Islam akan melakukan dosa secara tertutup di rumah orang bukan Islam pula.

5. Perlu juga ada penguatkuasa khas lagi untuk ekori orang Islam, bimbang mereka melakukan maksiat di dalam gua, di dalam rumah tinggal, di dalam hutan buluh, di celah-celah banir balak dan di dalam muzium dan zoo.

6. Aku harap sangat, dalam mesyuarat parlimen akan datang, Pas akan mengemukakan cadangan supaya kerajaan PH melaksanakan agenda mencegah mungkar seperti yang aku sebutkan di atas.

Zolkharnain Abidin

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...