Sunday, July 29, 2018

Pas Kedah lulus usul penyatuan Melayu-Islam

Pas Kedah lulus usul penyatuan Melayu-Islam
Timbalan Ketua Pemuda Pas Kedah, Amin Abdul Hamid kiri menerima anugerah jentera Pemuda teramai daripada Dewan Pemuda Pas Kedah sambil disaksikan Salim (dua,kanan).
SIK- Muktamar Tahunan ke-52 Dewan Pemuda Pas Kedah yang berlangsung di Markas Pas Sik di Sungai Pau hari ini meluluskan usul penyatuan Melayu-Islam.

Ketua Dewan Pemuda Pas Kedah, Salim Mahmud berkata, usul itu akan dibawa dalam Muktamar Pas Pusat di Terengganu pada September depan.

"Pemuda Pas negeri akan usulkan perkara ini kepada Pemuda Pas Pusat supaya ada usaha penyatuan Melayu-Islam.

"Bukan makna atas dasar Umno-Pas, tetapi semua, termasuk NGO-NGO seperti mana hari ini (Himpunan Kebangkitan Ummah).

Beliau berkata demikian kepada Sinar Harian, tadi.


Salim berkata, bukan Islam hari ini bersatu di bawah gabungan begitu besar dan sampai kepada kemuncaknya.

"Sekarang ini Islam Melayu kena sedar, semua dah bagi kepada bukan Islam. Waktu inilah depa nak ambil pun,"katanya.

Beliau yang juga Adun Bukit Lada berkata, dua demontrasi semalam dan hari ini, iaitu bantahan supaya Timbalan Ketua Menteri II, P Ramasamy dan Himpunan Kebangkitan Ummah bukannya perkauman.

Menurutnya, ia langkah menyedarkan Islam terhadap apa yang berlaku hari ini.

"Kita perlu pastikan apa yang ada dalam perlembagaan seperti Ketuanan Melayu, Raja-Raja tidak diusik,"katanya.

1 comment:

  1. Nak satukan melayu Islam lagu mana nie..? PAS tak tau ka..? Yang orang Islam itu semua nya bersaudara tak kira bangsa apa pun..termasuk lah orang Islam DAPig..! Jadi jangan lah nak perkuda nama Islam untuk menyatukan bangsa melayu atas nama Islam...ni kerja memecah belahkan perpaduan ummah..kerja syaitan...!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...