Saturday, August 25, 2018

HUSAM DAN LAKSAMANA (B) MOHAMAD IMRAN ANTARA DILANTIK SENATOR

Naib Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Husam Musa dan adik Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, Lim Hui Ying, antara 12 Ahli Dewan Negara yang akan mengangkat sumpah pada Isnin depan, 27 Ogos 2018.

Pelantikan mereka, menjadikan jumlah Anggota Dewan Negara kini 67 Senator, dengan tiga lagi kerusi masih kosong.

Husam Musa dilantik Senator bersama seorang lagi wakil AMANAH, Raj Munni Sabu.


Manakala Hui Ying yang juga Setiausaha DAP Pulau Pinang, antara empat wakil DAP yang dilantik senator baharu.

Tiga lagi ialah Anggota Jawatankuasa DAP Perak, Nga Hock Cheh, Setiausaha DAP Sarawak, Alan Ling dan Pengarah Pendidikan DAP Sabah, Adrian Banie Lasimbang.

Turut dilantik senator, empat wakil dari KEADILAN.

Mereka ialah bekas Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusoff; Setiausaha Jawatankuasa Pilihan Raya Pusat (JPP), Ismail Yusof; Ketua Cabang Bera, Monalan Mohamad dan bekas Ahli Parlimen Lumut, Mohamad Imran Abd Hamid.

Ketua Parti Pribumi Bersatu Malaysia Bahagian Gelang Patah, Nasir Hashim pula, senator tunggal daripada parti berkenaan.

Begitu juga dengan Peguam Theodore Douglas Lind, dari Parti Warisan Sabah (WARISAN).

1 comment:

  1. Hello Everybody,
    My name is Mrs Sharon Sim. I live in Singapore and i am a happy woman today? and i told my self that any lender that rescue my family from our poor situation, i will refer any person that is looking for loan to him, he gave me happiness to me and my family, i was in need of a loan of $250,000.00 to start my life all over as i am a single mother with 3 kids I met this honest and GOD fearing man loan lender that help me with a loan of $250,000.00 SG. Dollar, he is a GOD fearing man, if you are in need of loan and you will pay back the loan please contact him tell him that is Mrs Sharon, that refer you to him. contact Dr Purva Pius,via email:(urgentloan22@gmail.com) Thank you.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...