Sunday, August 19, 2018

Malangnya nasib NAJIB & JAMAL JAMBAN..!

MALANG SEORANG BEKAS PRESIDEN.....


Najib Razak mencatat satu sejarah yang tidak pernah berlaku kepada mana-mana bekas Presiden UMNO sebelum ini.

Hanya selepas 100 hari UMNO hilang kuasa yang punca utamanya adalah skandal 1MDB yang terkait secara langsung dengannya, bekas Perdana Menteri itu dilaporkan akan diminta "berehat" daripada mencampuri sebarang urusan berkaitan parti itu.

Ini berikutan ramai pemimpin UMNO sudah bersuara menyatakan kehadirannya terus bersama parti itu akan menghalang kepimpinan baru melaksanakan perubahan, selain beliau juga dianggap beban yang merumitkan lagi usaha mengembalikan semula sokongan rakyat.


Ada juga pemimpin UMNO yang menganggap Najib sudah jadi sejarah, justeru beliau diminta tidak perlu sibuk-sibuk lagi dengan hal ehwal parti yang pernah kecundang ditangannya.

Tindakan meminta seorang bekas Presiden UMNO untuk "berehat" daripada mencampuri urusan UMNO tidak pernah berlaku kepada sesiapa sebelum ini dan Najib merupakan yang pertama dikenakan peraturan tersebut.

Sudahlah hilang kuasa, berdepan kes di mahkamah dan menghadapi kecaman awam berikutan penemuan wang tunai, barang kemas serta beg tangan mewah yang dianggarkan bernilai RM1.1 bilion di kediamannya, Najib kini seakan-akan dipinggirkan pula oleh kepimpinan UMNO sedia ada yang ingin menjauhkan diri daripadanya.

Malang sungguh nasib seorang bekas Presiden UMNO dan bekas Perdana Menteri yang bernama Najib Razak ini!!

Dengan peraturan baru ini, Najib dengan sendirinya tidak akan dialu-alukan untuk turun berkempen dalam pilihanraya kecil Seri Setia dan Balakong sebagaimana yang yang dilakukannya di Sungai Kandis sebelum ini.

Meskipun UMNO tidak bertanding dalam kedua-dua pilihanraya kecil itu, apabila UMNO menguatkuasakan ketetapan "merehatkan" Najib, maka sudah tentu Pas dan MCA yang bertanding di Seri Setia dan Balakong juga tidak mengalu-alukan kehadiran bekas Perdana Menteri itu.

Sebelum ini, Najib juga mencipta sejarah sebagai satu-satunya bekas Presiden UMNO yang pernah didakwa di mahkamah selepas tidak lagi memegang jawatan itu.

Semua bekas presiden UMNO selama ini bukan saja tidak pernah didakwa di mahkamah, bahkan mereka menerima penghormatan yang tinggi sebaik saja bersara.

Tetapi, Najib barangkali akan menghabiskan banyak masanya di mahkamah untuk membela diri atas pertuduhan yang akan dihadapinya.

Setakat ini tujuh pertuduhan sudah dikenakan kepadanya dan mungkin lebih banyak pendakwaan lagi sedang menunggunya selepas ini.

Jika pendakwaan di mahkamah itu berakhir dengan hukuman penjara, Najib sekali lagi akan mencipta sejarah sebagai bekas Presiden UMNO yang pertama menerima hukuman tersebut.

Selain itu, jika mahu dikira sebagai sejarah ketika memegang jawatan dalam kerajaan pula, Najib juga satu-satunya Perdana Menteri yang pernah ada wang sebanyak RM2,600 juta atau mungkin lebih dalam akaun bank peribadinya.

Ketika ada jawatan atau selepas hilang jawatan, Najib nampaknya sentiasa ada sejarah yang diciptanya. (ShahbudinHusin 18/08/2018).

3 comments:

  1. UMNO tak patut salahkan Najib dan Jamal Pak Tongkoi saja, sebab UMNO buleh lingkup...Menteri2 dan Penyokong UMNO pun sama2 bagi UMNO jahanam... pasai dok pertahankan Najib walau pun anak Iskandar kutty dah bagi nasehat suruh buang Najib untuk selamatkan UMNO... la nie.. sama2 la kena tanggong...!tu baru jentalman...!

    ReplyDelete
  2. Hello Everybody,
    My name is Mrs Sharon Sim. I live in Singapore and i am a happy woman today? and i told my self that any lender that rescue my family from our poor situation, i will refer any person that is looking for loan to him, he gave me happiness to me and my family, i was in need of a loan of $250,000.00 to start my life all over as i am a single mother with 3 kids I met this honest and GOD fearing man loan lender that help me with a loan of $250,000.00 SG. Dollar, he is a GOD fearing man, if you are in need of loan and you will pay back the loan please contact him tell him that is Mrs Sharon, that refer you to him. contact Dr Purva Pius,via email:(urgentloan22@gmail.com) Thank you.

    ReplyDelete
  3. Hello Everybody,
    My name is Mrs Sharon Sim. I live in Singapore and i am a happy woman today? and i told my self that any lender that rescue my family from our poor situation, i will refer any person that is looking for loan to him, he gave me happiness to me and my family, i was in need of a loan of $250,000.00 to start my life all over as i am a single mother with 3 kids I met this honest and GOD fearing man loan lender that help me with a loan of $250,000.00 SG. Dollar, he is a GOD fearing man, if you are in need of loan and you will pay back the loan please contact him tell him that is Mrs Sharon, that refer you to him. contact Dr Purva Pius,via email:(urgentloan22@gmail.com) Thank you.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...