Saturday, September 29, 2018

PRK PD : PAS tidak nampak perkara besar

PAS TAK TIDAK NAMPAK PERKARA BESAR

Husam Musa berpendapat Pas sepatutnya tidak bertanding dalam Pirake Port Dikcson dan perlu memberi laluan kepada Anwar untuk mennyusun kepimpinan negara.

“Pas sepatutnya utamakan agenda pengukuhan negara,” katanya di Kota Bharu sekejap tadi.

Katanya tindakan Pas bertandign asalkan ada kerusi kosong bukan keputusan bijak. Beliau nampak tindakan Pas itu dibuat secara adhoc bukan keputusan koleketif dan berstrategi Pas.

“Bagi saya keputusan itu berlandaskan kepada mimpi presiden,” sinisnya.


Ujarnya lagi Pas selalu nampak perkara kecil tetapi kabur dengan perkara besar. Perkara kecil dijadikan polisi sedangkan negara memerlukan satu gagasan besar, dan Pas patut melihat itu.

Mengenai pilihan raya Port Disckon, Husam berpendapat penyertaan Mohd Isa bekas pemimpin Umno menjadikan pilhan raya itu tiga penjuru, di antara PH, (Umno) dan Pas.

Penyertaan Mat Isa merugikan Pas seperti mana berlaku dalam pilihan raya umum lalu.

“Tetapi kerana keputusan secara adhoc berpandukan mimpi presiden maka jadilah begitu,” ujarnya lagi. Trims.

Mohd Sayuti Omar

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...