Tuesday, October 16, 2018

Apabila Setiausaha Agung PAS setuju Oktoberfest diadakan..!

Selepas dihentam kiri dan kanan berkaitan Oktoberfest, akhirnya Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan sendiri bersetuju dengan kenyataan Menteri Wilayah, Khalid Samad bahawa perayaan itu boleh dibenarkan dengan syarat.

Ketika ditemui media di lobi Parlimen, Takiyuddin berkata , kenyataan Khalid itu adalah langkah yang perlu dibuat oleh kerajaan.

“Saya melihat bahawa kerajaan, walaupun setengah pihak tak senang dengan kenyataan menteri yang mengatakan bahawa perlu dibenarkan dengan syarat.

“Tapi, saya rasa itu langkah yang perlu dibuat oleh kerajaan. Orang yang tak jadi kerajaan mungkin dia tak tahu,” kata Takiyuddin kepada media.


Bagi beliau, orang yang jadi kerajaan tahu dan faham bahawa orang bukan Islam juga adalah rakyatnya yang ada hak terhadap minum arak.

“Tapi pokoknya begitulah. Bagi saya perkara ini boleh dibenarkan dengan syarat tidak menimbulkan sebarang pencerobohan terhadap kepentingan orang lain.

“Kalau sekiranya ia boleh dikawal, dalam keadaan apa pun boleh dibenarkan,” kata ahli parlimen Kota Bharu itu.

Pelbagai serangan dan cemuhan dibuat oleh pelbagai pihak kepada Khalid apabila beliau berkata Oktoberfest boleh diadakan dengan syarat.

Antaranya orang Islam tidak dibenarkan menyertai majlis ini, diadakan di tempat tertutup, tidak menyusahkan pihak lain dan mematuhi segala peraturan yang telah ada.

Datuk Bandar Kuala Lumpur pula menambah syarat termasuk tidak dibenarkan sebarang promosi terbuka dibuat termasuk menggantung sebarang banner atau sepanduk.

https://malaysiadateline.com/pas-sokong-oktoberfest-boleh-dibenarkan-dengan-syarat/

2 comments:

  1. Mula2 bantah macam nak gila...! Lepas tu kata..o.k pulak..! Apa nie...? Arak dah jadi cuka ka...? atau PAS parti ajaran sesat...? Patut la ramai yg dah masuk AMANAH...parti ni lebeh telus dan terbuka...tak merapu tak tentu hala..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...