Wednesday, October 24, 2018

Benarkah caj hospital telah naik seperti dikatakan oleh ADUN PAS PERAK?


RAZMAN ZAKARIA DIANTARA AHLI POLITIK DAN PESURUHJAYA PAS PALING BODOH KAT MALAYSIA
VIRAL KUPON RM10 & RM5 BUKTI CAJ HOSPITAL KERAJAAN DAH NAIK?

INI MAKLUMAT YANG MENGELIRUKAN RAKYAT!!

Itu sebenarnya kupon yang memang telah sekian lama digunakan di Hospital/Klinik Kerajaan.

Sebagai makluman, Hospital/Klinik Kerajaan menggunakan 5 jenis kupon iaitu

- Kupon RM1 (atasnya dicetak Perub. 316)
- Kupon RM2 (atasnya dicetak Perub. 400)
- Kupon RM5 (atasnya dicetak Perub. 315)
- Kupon RM10 (atasnya dicetak Perub. 401)
- Kupon RM15 (atasnya dicetak Perub. 404)



Kupon berkenaan diberikan kepada pesakit mengikut kadar bayaran yang dikenakan atas perkhidmatan diperolehi.

Sebagai contoh mudah,

• Ali demam, dia pergi ke kaunter pendaftaran, bayar RM1 dan akan dapat Kupon RM1. Selepas itu Ali jumpa doktor atau MO dan ambil ubat di Farmasi.

• Ayah Ali ada darah tinggi. Dia ke hospital setelah dirujuk kepada Doktor Pakar. Di kaunter pendaftaran, Ayah Ali bayar RM5 dan akan diberikan Kupon RM5. Jumpa Doktor Pakar dan ikuti prosedur seterusnya.

• Kakak Ali mahu mendapatkan rawatan fisioterapi Mandi Lilin Kelas 1. Dia ke kaunter bayar RM10 dan dapat Kupon RM10.

Kesimpulannya, gambar kupon yang diviralkan sejak semalam itu memang kupon sah yang diberikan kepada pesakit atas kadar perkhidmatan diperolehi mereka. Ia bukan bermaksud kadar caj RM1 telah naik kepada RM5 atau RM10.

Untuk mengetahui kadar caj rawatan di Hospital/Klinik Kerajaan, layari:

http://www.moh.gov.my/index.php/pages/view/160

1 comment:

  1. Orang PAS mana ada yg cerdik..! Kecuali Hadi Awang...taik kambing pun dia boleh tukar jadi piteh... bila digentil buat maajun...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...