Tuesday, October 2, 2018

Benarkah Syeikh Qaradhawi berfatwa mengharamkan Amanah seperti kata Hadi?

[ 'ibrah & perjuangan ]

Hujjah menolak Pembohongan


KRONOLOGI FITNAH pada Syeikh Qaradhawi yg dituduh berfatwa mengharamkan Amanah.

Imam Ahmad bin Hanbal pernah berkata;

إذا سكت العالم تقية، والجاهل يجهل، فمتى يظهر الحق

“Tatkala orang yg tahu berdiam diri kerana taqiyah (menjaga kepentingan tertentu), dan orang jahil terus menjadi jahil, maka sampai bilakah kebenaran itu akan tertegak?”

https://www.facebook.com/ahmadsayutibashiron/posts/10156568683959876

Perkongsian ini sekadar mendedahkan akan betapa bahayanya jika dibiarkan pembohongan politik terus disuburkan dalam masyarakat, yg akhirnya akan melahirkan rakyat yg salah membuat pilihan.

Apatah lagi jika yg berbohong itu dari pimpinan politik yg berstatus ulamak.



1. Sebulan selepas Parti Amanah Negara (Amanah) ditubuhkan pada September 2015, Presiden Pas TG Hj Hadi Awang dalam satu ceramah politik berkata Setiausaha Kesatuan Ulamak Dunia (KUIS), Syeikh Dr Ali Mahyuddin QarrahDaghi telah menulis surat kepada beliau mengatakan bahawa Syeikh Dr Yusuf Qaradhawi selaku Ketua KUIS telah berkata adalah "haram hukumnya" untuk party Amanah ditubuhkan di Malaysia kerana telah pun wujud party Pas pada masa itu.

2. Sebaik itu bertebaranlah serangan pada Amanah yg dipetik hanya dari mulut Presiden Pas itu oleh para pentaksub Pas dan Umno, walau tiada satupun bukti dibentangkan oleh Presiden Pas itu untuk menyokong tuduhn berat berkaitan "fatwa haram" tersebut.

3. Ditakdirkan dalam satu perancangan yg telah diaturkan lebih awal dari itu, beberapa hari selepas ceramah Presiden Pas itu, pada 13 Oktober 2015, Ustaz Abdul Ghani Shamsuddin (Timbalan Penasihat Umum Amanah) bersama Dr Mujahid Yusuf Rawa (Naib Presiden Amanah) telah bertemu sendiri dua jam di Doha dgn Setiausaha KUIS itu dan berkesempatan bertanyakan terus berkaitan tuduhan Presiden Pas itu.

4. Syeikh QarrahDaghi, Setiausaha KUIS terus menafikan tuduhan Presiden Pas yg mengatakan beliau menulis surat tentang haramnya Amanah ditubuhkan tersebut. Beliau tidak lakukannya.

5. Dan ditakdirkan sekali lagi 4 hari selepas itu, pada 17 Oktober 2015, Dr Mujahid sendiri bertemu dgn Syeikh Qaradhawi di Doha untuk sessi menerangkan berkaitan kewujudan Amanah, dan telah mengambil kesempatan bertanyakan tentang kenyataan Presiden Pas yg menggunakan "fatwa haram" atas nama Qaradhawy tersebut.

Apa jawapan?

6. Qaradhawy menafikan tegas, dan beliau tidak pernah memberikan pandangan atau menulis surat kepada Presiden Pas berkaitan sebarang hukum haramnya kewujudan party Islam kedua (Amanah) di Malaysia seperti yg dituduh tersebut.

7. Kedua pendirian dan penafian oleh Ketua & Setiausaha KUIS yg telah difitnah oleh Presiden Pas itu benar-benar memeranjatkan Malaysia. Dan sejak itu Presiden Pas langsung sudah tidak lagi menggunakan alasan "fatwa haram" untuk menolak Amanah. Namun ya, beliau mencari dan mereka-cipta pelbagai alasan politik lain pula utk menolak Amanah (dan Pakatan Harapan).

8. Tanda dirancang juga, dua minggu selepas pertemuan itu pada 5 November 2015 sebelum satu Ucaputama Syeikh QarrahDaghi berkaitan Maqasid Syariah di Selangor, beberapa kepimpinan Amanah & NGO Islam sekali lagi berkesempatan berbual dan bertanyakan berkaitan tuduhan berat yg dibuat atas nama Qaradhawy tersebut.

9. Jawapan Syeikh begitu jelas - selain tuduhan atas nama beliau & Qaradhawi tersebut adalah fitnah, ianya juga sangat jelas bertentangan langsung dgn pendirian dan fatwa Qaradhawi yg lebih terbuka pada keharusan wujudnya ta'adud jamaah dan tidak pernah mengambil pendirian haram semudah yg dituduh itu.

10. Maka bagi Syeikh QarrahDaghi, adalah mustahil kalau secara tiba-tiba pula Syeikh Qaradhawy mahu masuk campur urusan Malaysia dgn memberikan pandangan haram pada sesuatu yg asal hukumnya adalah harus.

11. Cuma nota - utk tambahan katanya, apa yg pernah disebut oleh Syeikh Qaradhawy adalah - Syeikh pernah berkata dgn jelas sejak sekian lama pada pimpinan Gerakan Islam Malaysia untuk tidak sesekali benarkan wujudnya apa juga organisasi atau pertubuhan rasmi di Malaysia yg memperjuangkan syiah secara terbuka. Bahkan juga Qaradhawi berpandangan apa jua usaha ke arah itu wajiblah ditentang oleh rakyat Malaysia. Kata Syeikh pendirian itu sudah lama disebut, dan telah diketahui umum berkaitan pendirian tegas tersebut.

Ikhwah yg dirahmati..,

12. Saya terpaksa cakna dengan setiap KRONOLOGI di atas serta detik-detik bersejarah tertubuhnya Amanah ini, serta berkongsikannya secara terbuka begini disebabkan bagi saya kefahaman yg jelas adalah asas paling utama untuk sesuatu perjuangan itu ditegakkan.

13. Keikhlasan tanpa kefahaman adalah satu risiko perjuangan yg pada bila masa sahaja boleh menjunamkan pengikutnya pada kancah kesesatan dan ketaksuban melampau. Na'uzubillah!

14. Amanah hendaklah berusaha untuk memberikan fahaman yg mendalam pada ahli atau penyokong, dan ummah keseluruhannya akan asbab dan halatuju yg Amanah perjuangkan. Amanah wajiblah menolak sebarang ciri taasub buta atau mengikut hanya disebabkan keterujaan pada seseorang ketua sahaja. Secara ciri kehancuran yg telah & sedang melanda Pas itu hendaklah dijauhkan sama-sekali.

15. Sebab itulah bagi saya juga, pendedahan pada sikap Presiden Pas yg sanggup berbohong & menfitnah kepimpinn ulamak dunia itu adalah satu yg terpaksa dilakukan demi hujjah kebenaran pada kebathilan yg haram disembunyikan, seperti ucapan Imam Hambali di atas.

Sejam tadi saya menerima beberapa cabutan photo Presiden Amanah, YB Tuan Haji Mohamad Sabu bersama fadhilatus Syeikh Dr Yusuf al-Qaradhawi dari Doha dalam pertemuan yg saya lihat cukup bermakna pada kita semua, para pejuang yg cintakan kedamaian & keadilan tertegak di tanahair ini.

Wajah kedua mereka itu cukup ceria, bertenaga dan mesra, dan saya yakin Syeikh "mampu melihat" dgn cukup jelas insan di hadapan beliau itu adalah Mohamad Sabu Presiden party Amanah dari Malaysia, dan pastinya "telah mendengar" setiap tutur perbualan itu tanpa apa-apa alat bantuan pendengaran, seperti yg pernah didakwa sebaliknya.

https://www.facebook.com/100953840043211/posts/1192194687585782/

Saya cukup yakin dunia ini pasti akan lebih sejahtera & lebih tenang dgn rahmahNya tatkala tiada lagi anasir pembohongan & fitnah dilakukan, apatah lagi atas nama agama yg disandarkan pada kalam-kalam ulamak politik yg terpaksa mencari pengaruh di kalangan pengikutnya.

Ahmad Sayuti Bashiron
Shah Alam | 1 Oktober 2018

1 comment:

  1. PAS la nie dah mirip macam perangai Syiah... mungkin terlalu kerap bermimpi jumpa Syaitan berserban dan berjanggut yg kacak lalu disangka Nabi...maka merepek dan merapu pun makin menjadi2 lah...semoga Allah melindungi kita dari perkara yang demikian,amin.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...