Sunday, October 7, 2018

Maaf.. Malam esok saya nak berkempen untuk Anwar bukan nak debat dengan Hadi - Tun M

Dr Mahathir tolak pelawaan forum dengan Abdul Hadi
Tarikh kemaskini: 07/10/2018


KUALA LUMPUR, 7 Okt (Bernama) — Tun Dr Mahathir Mohamad menolak pelawaan untuk berforum dengan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang ketika kunjungannya ke Port Dickson, esok.

Bagaimanapun, Perdana Menteri tidak menolak kemungkinan untuk berforum dengan Abdul Hadi pada waktu lain.

Dr Mahathir menegaskan beliau ‘turun’ ke Port Dickson esok hanya bagi berkempen untuk calon Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Tak payahlah (untuk berforum dengan Abdul Hadi). Malam esok saya pergi (Port Dickson), tapi bukan nak forum dengan dia. Saya nak pergi kempen untuk Datuk Seri Anwar,” katanya kepada media selepas menghadiri majlis makan malam Persatuan Pertubuhan Bangsa Bersatu Malaysia (UNAM), di sini malam ini.



Abdul Hadi hari ini menyatakan hasrat untuk mengajak Dr Mahathir menyertai forum bersamanya ketika Perdana Menteri datang ke Port Dickson, esok.

Menurut Abdul Hadi, beliau tiada masalah apabila Dr Mahathir mahu turun ke Port Dickson bagi membantu kempen Anwar yang akan bertanding di kawasan itu.

Ketika ditanya sama ada beliau sudi menerima pelawaan Abdul Hadi, Dr Mahathir berkata : “Tak payahlah. Waktu lain boleh lah.”

— BERNAMA

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...