Thursday, November 1, 2018

Apabila KU NAN berlagak Malaikat di parlimen pagi tadi..

KU NAN BERLAGAK MALAIKAT


Pagi tadi di Dewan Rakyat, YB Menteri Wilayah Persekutuan, Tuan Haji Khalid Abd Samad dalam jawapan kepada soalan Ahli Parlimen Lembah Pantai semasa sesi Pertanyaan Menteri menyatakan bahawa Pelan Bandar Raya Kuala Lumpur 2020 (PBRKL 2020) telah sempurna diwartakan pada 30/10/2018.

Proses penyediaan PBRKL 2020 ini bermula seawal tahun 2004 dengan kajian oleh konsultan yang dilantik oleh DBKL. Proses pameran awam dan pendengaran awam dijalankan sejak 2008 dan dimuktamadkan pada 2010. Sepatutnya Menteri Wilayah Persekutuan (dari BN) ketika itu terus mewartakan PBRKL 2020 tetapi ditangguhkan.



Kemudian Deraf PBRKL 2020 telah dikaji semula dengan beberapa pindaan pada 2015, lalu dimuktamadkan. Sejak 2015 sehinggalah Mei 2018, Menteri Wilayah ketika tu samada Raja Nong Chik atau Tengku Adnan Mansor tidak mewartakan sehingga menyebabkan pembangunan di Kuala Lumpur berjalan tanpa panduan yang ditetapkan oleh PBRKL 2020. Pelbagai projek pembangunan dan zon guna tanah bertukar sepanjang tempoh tersebut.

Setelah dilantik sebagai Menteri Wilayah Persekutuan selepas Pakatan Harapan mengambil alih pentadbiran Malaysia, Tuan Hj Khalid berazam mewartakan Deraf PBRKL 2020 ini demi memastikan pembangunan yang akan dilaksanakan sepanjang tempoh 2018 hingga 2020 tidak lari dari pelan yang telah dirancang.

30/10/2018 PBRKL 2020 telah sempurna diwartakan dan seluruh warga Malaysia boleh mendapatkan naskahnya di DBKL dengan bayaran tertentu.

Bersama PBRKL 2020 yang diwartakan ini, dilampirkan bersama semua pembangunan yang telah dilaksanakan yang tidak mengikut PBRKL 2020 untuk rujukan masyarakat.

Semasa bangkit membuat soalan tambahan, mantan Menteri Wilayah Persekutuan berkata beliau tidak mahu mewartakan PBRKL 2020 atas sebab antaranya kerana di dalam Deraf PBRKL 2020 terdapat klausa bahawa Menteri boleh meminda pelan atas budibicara Menteri dan mahu klausa tersebut dibuang. Beliau berkata jika klausa itu wujud, tidak guna ada pelan kerana akhirnya Menteri boleh meminda.

Wahhhhhhh... malaikatnya Ku Nan. Hujah Ku Nan dijawap oleh Tuan Hj Khalid. Tuan Hj Khalid berkata jika warta sekali pun boleh dipinda, apa jaminan tidak mewartakan akan menjadikan pembangunan yang dirancang akan dibuat dengan baik? Sepanjang berada di Kementerian Wilayah tidak sampai 5 bulan, kami telah menemui pelbagai perlanggaran dan pembangunan yang tidak betul telah dilakukan dengan hanya "Minit Menteri".

Nampak sangat helah Ku Nan sebenarnya bodoh. Kami di Kementerian Wilayah Persekutuan mengambil keputusan mewartakan PBRKL 2020 sekarang walau pun tinggal setahun lebih keabsahannya atas alasan tidak mahu membenarkan pembangunan yang dijalankan tidak mengikut pelan perancangan asal. Tetapi Ku Nan dan Nong Chik sebelumnya langsung tidak mewartakan sehinggakan pembangunan yang dilaksanakan langsung tidak mengikut pelan perancangan.

Bagi pentadbiran sekarang, walau pun PBRKL 2020 boleh dipinda, ianya akan melalui proses yang ketat dan telus. Ianya lebih baik dari tidak mewartakan yang mana apa-apa pembangunan boleh dilaksanakan tanpa mengikut pelan tetapi hanya berdasarkan "Nota Minit Menteri".

Nasib baik Menteri sekarang baik hati. Kalau aku jadi Menteri tadi, wajib aku kata "Jangan berlagak Malaikat sedangkan hakikatnya syaitan.... kita tahu apa awak sudah lakukan....."

Nasib baik.

Zulhazmi Shariff
01112018
Putrajaya

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...