Wednesday, November 21, 2018

Pensyarah UUM Kamarul Zaman Yusof mohon maaf pada Mujahid

Pensyarah Universiti Utara Malaysia Dr Kamarul Zaman Yusof hari ini menarik balik kenyataannya yang menyifatkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dr Mujahid Yusof Rawa sebagai "kuda tunggangan DAP".

Kamarul juga memohon maaf kepada Mujahid atas kenyataan itu yang dibuat di Facebook pada 27 Mei 2017.

Justeru Mujahid juga menarik balik samannya terhadap Kamarul, kata peguam Fitri Asmuni kepada Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Nik Hasmat Nik Mohamad.

3 comments:

  1. Alhamdulillah. Lain kali berhematlah dalam berkata-kata.

    ReplyDelete
  2. Akhirnya kepala yang keras dan nada kasar dilembutkan. Fitnah itu mwrosakkan umat dan merendahkan akhlak, semoga menjadi pengajaran kepada semua.

    ReplyDelete
  3. Awak pensyarah jagalah lidah

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...