Wednesday, November 14, 2018

Protes: Pembangkang keluar dewan

Oleh : SARINA ISMAIL

ALOR SETAR: Kesemua Adun pembangkang termasuk dua orang daripada Barisan Nasional bertindak keluar dewan petang ini ketika Adun Guar Chempedak, Dato’ Dr Ku Abd Rahman Ku Ismail memulakan ucapan perbahasan.

Menurut Ketua Pembangkang, Muhammad Sanusi Md Nor, tindakan itu sebagai protes terhadap Adun yang keluar parti dan menyertai Bebas serta menyokong Kerajaan Pakatan Harapan.

"Walau pun parti berlainan PAS dan Umno tapi kita menentang budaya melompat parti serta sikap PH yang sentiasa berusaha memujuk Adun-Adun pembangkang untuk menyertai dan menguatkan pakatan mereka.



"Ini merupakan satu pengkhianatan terhadap pengundi di bawah yang tindakan 'walk out' tatkala dia mula berucap ini sebagai membuktikan semua Adun pembangkang membantah dan tidak bersetuju dengan tindakannya seumpama itu," ujarnya yang juga Adun Jeneri.

Walau bagaimanapun, katanya tindakan bersama Adun PAS dan Umno itu bukan bermakna berlakunya kerjasama atau gabungan politik tetapi lebih kepada memprotes tindakan yang dianggap khianat terhadap parti yang bertungkus lumus bekerja untuk kemenangannya pada PRU lalu.

Sementara itu, Dato' Suraya Yaacob (BN- Sungai Tiang) berkata, beliau dan sahabatnya Dato' Nor Sabrina Mohd Noor (BN-Bandar Baru) bersetuju dan bersama-sama dengan Ketua Pembangkang bertindak keluar dewan.

Beliau juga melahirkan rasa kecewa atas tindakan Adun Guar Chempedak yang mengisytihar keluar parti pada hari kedua persidangan Dun.

"Sepatutnya beliau mengisytiharnya sebelum sidang dewan tapi tindakan seperti ini bagi saya tidak profesional dan mengkhianati parti. Malah perkara ini langsung tidak diketahui sebelum ini dan tiada sebarang surat pemakluman kepada presiden parti," jelas beliau kesal.

Sebelum ini, Muhammad Sanusi menyifatkan tindakan yang dibuat oleh Adun Guar Chempedak itu adalah pengecut kerana sanggup meninggalkan parti tatkala kalah dan susah.

– HARAKAHDAILY 13/11/2018

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita/8698-protes-pembangkang-keluar-dewan

4 comments:

  1. Ku rahman tak masuk PH pon...adun Pas dan umno dah gila gaknye..

    ReplyDelete
  2. Negara ini negara demokrasi..sape yg tak setuju dgn parti boleh kluar parti...pas ikat wakil rakyat supaya ikut ape saja pucuk pimpinan buat....masuk dlm tong taik pon tak paa...

    Pas menang 2008....akibat besar kapla kalah 2013... Tapi masih tak sedar diri ingat masih kuat...

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. Kalau adun pas tu logik jugak la nak blah pun. Pasal ahli Dia banyak Yg lompat masuk Pati lain. Tapi kalau Umno la, masa kerajaan perak tumbang Pasal lompat Pati, ade tak Dia org ni protes, Pasal Untung Kat dia. Lain Kali Kat dewan tu letak cermin la.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...