Saturday, December 29, 2018

Permohonan bekas pemimpin Umno belum lulus, kata Muhyiddin


Muhyiddin Yassin ditemui pemberita selepas melancarkan AGM Pemuda dan Wanita PPBM di Putrajaya hari ini.

PUTRAJAYA: PPBM memaklumkan permohonan masuk bekas pemimpin Umno selepas kemasukan Ahli Parlimen Jeli Datuk Seri Mustapa Mohamad dan Ahli Parlimen Bagan Serai Noor Azmi Ghazali belum diluluskan sehingga hari ini.

Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata gelombang penghijrahan kedua itu dan seterusnya juga perlu melepasi beberapa halangan yang diletakkan seperti yang dipersetujui.

“Mereka perlu melalui suatu tempoh sebagai ahli politik bebas dan kemudian akan melalui proses tapisan,” katanya pada sidang media sempena pelancaran mesyuarat agung tahunan Pemuda dan Wanita PPBM di Pusat Kovensyen Antarabangsa Putrajaya hari ini.



Antara pemimpin Umno yang memohon menyertai PPBM selepas Mustapa dan Noor Azmi adalah bekas ketua Puteri Datuk Seri Mas Ermieyati Samsudin dan bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik.

Setakat ini 12 daripada 16 Ahli Parlimen Umno yang keluar parti selepas pilihan raya umum ke-14 menyokong pentadbiran Dr Mahathir sebagai wakil rakyat bebas.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...