Thursday, January 3, 2019

Mukhriz : Jika mahu Akhyar RM1 pun kita boleh bagi tapi silalah guna pintu depan..

KFA tetap akan bawa kes perpindahan Akhyar ke Timbang Tara!

Biar pihak ketiga menjadi penentu!

Ini jawapan Dato Seri Hj Mukhriz apabila ditanya saranan dari TMJ kononnya ada cara tebus kontrak.

Benarkah cara tersebut?

Pertamanya, saya ingat tidak boleh dicadangkan sesuatu seolah-oleh mengikut peraturan, apabila punca masalahnya ialah pelanggaran peraturan itu sendiri. Jadi ni sekarang bercakap pula soal timbang tara, lepas tu tak payah timbang tara, boleh runding terus. Jadi yang awal, tindakan awal yang dibuat, iaitu menawarkan pemain kita secara backdoor yang itu pun dah salah awal-awal lagi.

Jadi daripada pandangan kami yang paling adil ialah timbang tara, yang tu ada pihak ketiga yang tidak berkepentingan, ia boleh menimbang hujah kedua-dua pihak atau ketiga-tiga pihak, dari JDT dan KFA, malah empat pihak kalau termasuk pemain itu sendiri dan mereka akan buat keputusan, kita akan terima keputusan itu, tujuan cadangan kami untuk redakan keadaan. Timbang tara merupakan kaedah yang termaktub dalam peraturan FAM.


Tindakan akan dilakukan secepat mungkin, setakat yang kami hadapi sekarang ini. Apabila kami dibenarkan membuat rayuan, bila rayuan itu dipertimbangkan, kami sendiri tak dijemput untuk berbincang, yang berbincang hanya FAM dan juga Akhyar. Macam itu cara rayuan? Sebab itu kita rasa tak berapa yakin dengan sistem rayuan itu. Jadi itu yang kita minta timbang tara biar ada pihak ketiga yang imbang semua fakta-fakta kes ni.

Kita takdak masalah langsung Akhyar nak pergi tempat lain tu its ok. Bayangkanlah kalau perkara ini terlepas begitu saja, macam-macam lagilah akan berlaku bukan pada Kedah saja, tapi pada negeri lain juga. Sebenarnya kami (Kedah) menerima banyak sokongan dari pasukan negeri-negeri yang lain. Sebab mereka juga menghadapi, atau sedang menghadapi situasi yang sama. Jadi kita mendidik pemain itu menjadi seorang yang baik di negeri kita. Kita dengan rela hati membenarkan dia untuk mewakili Malaysia diperingkat antarabangsa, senang-senang saja orang nak main rampas anak didikan kita kan. Kita relakan, tetapi ikutlah peraturan, itu saja yang kita minta.

Sehingga sekarang, setakat yang kami rasa, Akhyar masih lagi hak Kedah. Sehinggalah diselesaikan soal pertukaran ini. Jadi dari RM75,000 jadi RM100,000 tu bukan perkara yang dianggap penting. Macam yang saya kata, bayar seringgit pun takpa, bukan kami kebuloq sangat duit RM100,000 tu. Tapi bersikap adillah.

#PulunKedahPulun #LawanTetapLawan

2 comments:

  1. betul lah...bagi jer percuma Akhyar tu pd JDT...habis cerita...bola ni bukan boleh majukan rakyat pun..apatah lagi bole menyelamatkan seksa kubur atau nerakamm..biar TMJ syok sendiri ....

    ReplyDelete
  2. Bapa melayu mudah lupa melayu Pemalas.Boboi...pemain bola.Oh mala U.Musuh musuh mu amat berguumbira dgn cara cara mu.Sedih hanya yg tinggal baju melayu dan raja raja melayu.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...