Friday, February 8, 2019

APABILA #BOSSKU NAJIB KELIRU DAN CUBA MENGELIRUKAN MENGENAI AES

NAJIB KELIRU DAN CUBA MENGELIRUKAN

Bekas Perdana Menteri yang sedang menghadapi puluhan pendakwaan penggubahan wang haram Datuk Seri Najib Tun Razak nampaknya sedang gelabah menghadapi kes beliau sehingga keliru dengan tindakan sendiri dan kemudian cuba mengelirukan masyarakat. Terbaru, bekas Perdana Menteri tersebut menyatakan bahawa Menteri Wilayah Persekutuan berbohong AES dikendalikan oleh syarikat swasta sebaliknya dikendalikan oleh Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).

Najib berkata Menteri Wilayah tidak memberitahu yang sebenar bahawa syarikat swasta tersebut ialah LTAT di mana pencarumnya ialah anggota angkatan tentera bukannya mana-mana syarikat swasta atau kroni.

Najib juga berkata projek AES ini dimulakan dan dipilih sebelum beliau menjadi Perdana Menteri iaitu pada tahun 2005 dan meletakkan beban kepada Perdana Menteri ke-4 iaitu Tun Dr. Mahathir. Kesian Najib menggelabah hingga keliru dengan diri sendiri. Kenapa gelabah sangat Bossku?


Untuk makluman Najib yang sedang menggelabah keliru, AES ini dicadangkan pada tahun 2010 dan kemudiannya dilaksanakan pada September 2012. Pada permulaan perlaksanaannya, AES dikendalikan oleh dua (2) syarikat swasta iaitu Beta Tegap Sdn Bhd dan ATES (M) Sdn Bhd. Kedua-dua syarikat dikatakan mengeluarkan modal sebanyak RM717 juta untuk keseluruhan projek tersebut yang mana konsesinya selama lima (5) tahun berakhir 31/08/2018.

Apabila dibantah oleh masyarakat, Kerajaan Malaysia di bawah pimpinan Najib yang sedang membina empayar kleptokrasi ketika itu melalui Kementerian Kewangan telah memohon kepada Dewan Rakyat untuk menubuhkan sebuah syarikat milik Menteri Kewangan Diperbadankan (sama seperti 1MDB) untuk mengambil alih pengendalian AES daripada dua (2) syarikat tersebut. Dewan Rakyat walau pun dibantah, meluluskan penubuhan AES Solution Sdn Bhd dengan modal RM10 juta. 2 September 2013, AES Solution dengan rasminya tertubuh.

Walau bagaimana pun, AES Solution telah gagal mengambil alih pengendalian AES dari Beta Tegap dan ATES. Lebur RM10 juta. Ini tidak disebut oleh Najib yang sedang gelabah.

Najib kemudiannya atas kapasiti Perdana Menteri dan Menteri Kewangan mempengerusikan sebuah mesyuarat yang dihadiri oleh Menteri Pengangkutan, Timbalan Menteri Kewangan dan Menteri Pertahanan. Melalui mesyuarat tersebut, LTAT dicadangkan mengambil alih perlaksanaan AES daripada kedua-dua syarikat swasta tersebut. Cadangan tersebut tidak lebih daripada menyelamat dan memberikan keuntungan segera kepada pemilik Beta Tegap dan ATES.

LTAT telah mengeluarkan sejumlah RM555 juta bagi pengambil alihan dua (2) syarikat pengendali asal AES iaitu Beta Tegap Sdn Bhd dan ATES (M) Sdn Bhd. Dalam proses pengambil alihan oleh LTAT ini juga terdapat seorang individu menerima habuan ratus juta ringgit. Apa yang pencarum LTAT dapat? Adakah Najib terlupa atau buat-buat tak tahu atau sengaja tak nak beritahu? Nak sembunyi apa Bossku?

Janganlah gelabah sangat sampai keliru dengan diri sendiri. Kawal sikit gelabah tu takut dari keliru jadi nyanyuk pula.

Apa pun yang Najib cuba gambarkan sebenarnya akan membongkar segala kerja buat Najib dan konco-konconya mengaut untung melalui AES.

Baik... itu hal Najib yang menggelabah sehingga keliru dengan diri sendiri samada dia tu bekas PM atau budak wechat.

Berbalik kepada perlaksanaan AES di bawah Kementerian Pengangkutan. Janji PH menghapuskan AES. Betul ke PH menipu?

Selama ini penentangan perlaksanaan AES atas beberapa faktor utama.

a) dikendalikan oleh syarikat swasta yang sememangnya mempunyai unjuran keuntungan. Bagi tempoh konsesi 5 tahun, syarikat mengunjurkan keuntungan RM3.84 bilion. Setahun keuntungan RM769.6. Modal hanya RM717 juta. Itu pun bukan keseluruhan RM717 juta dibelanjakan.

b) lokasi kamera yang tidak munasabah. Tujuan asal AES adalah untuk mengurangkan kemalangan maut BUKAN untuk mengurangkan kesalahan lalulintas. Tetapi lokasi kamera AES tidak pernah dibuktikan di kawasan kemalangan maut.

c) menggabungkan AES dengan Sistem mata dimerit menjadi AWAS.

Apa yang Kementerian Pengangkutan di bawah PH lakukan?

a) Menteri Pengangkutan membatalkan keseluruhan saman AES yang telah dikeluarkan sejak September 2012 sehingga 31 Ogos 2018 yang nilainya lebih kurang RM4.3 juta. Ini antara TUNTUTAN PALING UTAMA semasa era BN.

b) Konsesi syarikat swasta walau pun di bawah LTAT tidak disambung selepas tamat pada 31/08/2018. Sekarang AES di bawah kawalan dan pengendalian JPJ sepenuhnya.

WALAU BAGAIMANA PUN masih ada perkara yang perlu diperbetulkan oleh Kementerian Pengangkutan dalam perlaksanaan AES ini iaitu :

a) Kaedah perlaksanaan Saman dan kompaun.
b) Lokasi pemasangan kamera perlu dinilai semula.
c) Asingkan AES dengan sistem mata dimerit.

PH sewajarnya mengambil pendekatan lebih holistik dalam melaksanakan AES yang menjadi beban kepada masyarakat pengguna dan Kerajaan.

Jangan ditambah pedih pada luka sedia ada. Ubatilah masyarakat dengan berhemah.

Kalau Menteri, KSU atau KP JPJ kabur macamana nak laksana, aku sentiasa berlapang dada untuk membantu memberikan pandangan dan cadangan.

ZULHAZMI SHARIFF
Dulunya pembangkang,
sekarang mulut dah penuhdedak katanya dek kerusi empuk.
08/02/2019
Putrajaya

7 comments:

  1. AES dirancang oleh kerajaan sejak 2005 (Rujukan: Datuk Solah Mat Hassan, DG JPJ).

    Tahun 2005 tu Pak Lah jadi PM. Bukan 2010 baru rancang. Mahathir turut ada peranan dalam projek AES ni. Boleh hadam ka? Ada akai?

    ReplyDelete
  2. Sebuah Jawatankuasa Penilaian Teknikal ditubuhkan bagi melakukan penilaian kepada cadangan teknikal dan perolehan sistem yang telah dikemukakan dan akhirnya semua syarikat yang mengemukakan cadangan dijemput melakukan demonstrasi dan ujian kepada sistem masing-masing dalam tempoh sebulan bermula Jun hingga Julai 2007. Diulang.. tahun 2007. Bagaimanapun, hanya enam syarikat yang menyertai demonstrasi dan ujian yang dijalankan.

    Sebanyak 43 senario ujian dijalankan iaitu dalam persekitaran terkawal dan tidak terkawal seperti pada waktu malam, hujan, kelajuan kenderaan hingga 200 kilometer sejam dan pelbagai situasi lain.



    ReplyDelete
  3. Baca ni ya..

    http://www.themalaysiantimes.com.my/jpj-ulas-kenyataan-putar-belit-mengenai-sistem-aes/

    ReplyDelete
  4. Mansuhkan saman AES tiada dalam manifesto PH. Tapi masa kempen PRU14, pemimpin PH kata akan mansuhkan AES. Cuba tanya Mahfuz. Harap dia tak kena selective amnesia.

    ReplyDelete
  5. AES atau AWAS boleh jer di kuatkuasakan.....di bawah JPJ....tetapi pesalah bukan di saman dgn denda RM...sbb kos hidup skrng tinggi....tapi pesalah boleh demerit hingga beberapa kesalahan...barulahgantung lesen setahun atau lebih....

    ReplyDelete
  6. Kesimpulannya ZULHAZMI SHARIFF suka dengan AES/AWAS sebab itulah satu2nya cara untuk mengurangkan kemalangan......!
    Apa lah, banyak lagi cara mengurangkan kemalangan cara/kaedah yang menyusahkan rakyat jugaklah yg dipilih.........

    ReplyDelete
  7. https://www.malaysiakini.com/news/213831

    Entah daripada siapa dia dapat maklumat untuk dakwa AES hanya mula dicadang tahun 2010. Hmm...asal PH je mesti bodoh.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...