Tuesday, February 12, 2019

Bab audio Nik Abduh dah selesai, sekarang bab isi kandungan dia pula..!


Usaha membuktikan keaslian audio ana tahu selesai. 40 saksi hidup ada untuk membuktikannya. 3 telah bersuara secara terbuka. Sekarang kita bincangkan isu didalam audio tersebut :

1. AGEN CIA

Dalam audio terbabit, Nik Abduh secara jelas mengakui kenal dan boleh berhubung dengan wakil dari CIA. Persoalan, adakah Nik Abduh adalah sasaran barat untuk jadi agen porak perandakan jemaah Islam di Malaysia?

2. TERIMA DUIT UMNO

Bab terima duit UMNO ini ada dua bab. Satu bab Nik Abduh mengaku dia terima dan kedua Nik Abduh tuduh pimpinan lain pun terima. Bab tuduh orang lain terima tu perlukan siasatan lanjut, tapi bab dia mengaku terima adalah clear cut. Nik Abduh adalah tali barut yang dibela oleh UMNO selama ini untuk porak perandakan PAS.


Dr Samsuri pula adalah salah seorang yang “kantoi” menerima duit RM 2 juta dari UMNO (jumlah sebenar yang diterima sebelum2 ini tidak diketahui secara tepat - perlu siasat) untuk pilihanraya negeri Sarawak. Maknanya budaya mengambil duit dari UMNO ini adalah berlaku dengan aktif oleh beberapa pemimpin PAS kerana Nik Abduh menyebut “kita berjaya dalam 10-11 aktiviti kerana UMNO” (duit UMNO????).

3. JEMAAH DALAM JEMAAH

Penubuhan RTI (Reform Tajdid Islah) dalam PAS dengan tujuan menyingkirkan “jebon-jebon” ( team proffesional dalam PAS dulu spt Husam, Hatta, Khalid Samad, Mad Sabu dll) ternyata didalangi beberapa pemimpin PAS seperti Takiri, Tantawi, Nik Abduh dan Nurul Islam (seperti didedah Abu Ulwan yang pernah menyertai RTI ini). Pergerakan RTI dengan keanggotaan yang ramai dan kebanyakannya fresh graduate dari Mesir sudah semestinya memerlukan kos yang besar untuk beroperasi. Persoalannya, adakah selama ini kumpulan ini telah menerima dana dari UMNO untuk beroperasi ?

Alangkah buruknya kerja buat kalian untuk memenuhi selera dan nafsu jahat dua tiga kerat pemimpin PAS ini.

Hakikatnya semua perancangan dan perbuatan khianat ini dilakukan dibelakang pengetahuan ATGNA. Amat sedih dan amat dikesali sekali...tidak salahlah khasyaf Almarhum pernah menempelak Nik Abduh sbg “ anak derhaka”( bukti dlm video Ana Tahu).

Semoga Allah membalas segala kecurangan dan rancangan jahat antum selama ini.

Hariz Zhafrie

4 comments:

  1. Replies
    1. Sekarang bukan tunggang lagi ...dah dagang agama la...

      Delete
  2. Tak boleh salah PAS...jauh sekali salahkan Islam...tetapi silapnya ahli PAS kurang cerdik....taksub pd pemimpin membabi buta...tu yg mudah kena kencing...ahli PAS cetek tntg ilmu islam....takut nk berhujah....takut nk membantah....takut di katakan pengkhianat...munafik...fasik....

    ReplyDelete
  3. Nik abduh kata dia tahu ttg transaksi RM2.6b

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...