Monday, February 25, 2019
KHALIL CUBA LINDUNGI PENIPUAN AYAHNYA DENGAN MENUDING JARI KEPADA ANWAR
Saya merujuk kenyataan Ketua Pemuda Pas, Khalil anak kepada Presiden Pas, Hadi Awang yang merasakan sebenarnya Anwar Ibrahim adalah dalang untuk menggulingkan PM, Tun Dr Mahathir.
Semua tahu, Hadi Awang memang sering berbohong kerana bagi Hadi berbohong demi menjaga aib parti kononnya halal. Imej Hadi di mata rakyat bahkan dimata penyokongnya sendiri telah jatuh teruk akibat perangai penipunya. Semenjak Hadi melutut kepada Sarawak Report apabila tidak meneruskan saman terhadap akhbar berkenaan benar-benar memalukan Pas dan seluruh jemaahnya. Siapa lagi kalau bukan anaknya Khalil untuk "menyarungkan" kembali kain bapanya yang sudah terbarai itu?
Apabila Hadi cuba untuk menjadi batu api bagi melaga-lagakan Anwar dan Tun M ditangkis oleh Tun M dan Anwar sendiri bahkan kesemua pimpinan PH, ini memalukan Hadi sekali lagi. Apabila teknik jahat Hadi untuk mengalih perhatian dari diri dan partinya yang telah memakan duit Umno sepertimana yang disahkan oleh Nik Abduh itu dapat dihidu oleh Anwar, maka sudah tentu kebodohan Hadi ini amat memalukan anaknya Khalil. Khalil tiada pilihan lain selain dari menuding jari kepada Anwar walaupun secebis bukti pun tidak dapat dibawa oleh Khalil. Bukankah ayahnya Hadi pernah menfitnah seseorang sebagai pengedar pil kuda tanpa ada bukti? Ilmu fitnah seperti ini diturunkan kepada anaknya Khalil.
Apa lojiknya Anwar ingin membuat undi tidak percaya kepada PM yang telah disepakati akan berundur dan menyerahkan jawatan itu kepada Anwar? Mengapa Khalil mahu samakan dengan projek 16 september yang mana waktu itu PR ingin mengusulkan undi tidak percaya kepada PM? Bukankah PR waktu itu turut dianggotai oleh Pas dan perancangan itu bukan rahsia di kalangan pimpinan PR ketika itu. Almarhum Tok Guru Nik Aziz pun tahu tentang perancangan tersebut. Usul undi tidak percaya dari pembangkang kepada kerajaan, apa masalahnya? Peliknya, kalau Anwar mahu lakukan undi tidak percaya kepada Tun M, Pengerusi PH di mana Anwar adalah Ketua Umumnya. Bukankah jauh perbezaannya dan tidak masuk akal langsung.
Sepertimana kata Anwar, Hadi sepatutnya yang bawa usul tersebut baru lojik kerana Hadi adalah Pembangkang sekarang. Tidak perlu Hadi kerap menunjukkan kebodohan politiknya kerana ini akan menyusahkan orang-orang disekeliling beliau sendiri untuk mempertahankannya. Contohnya, isu saman Sarawak Report dan isu sokongan kepada Tun M. Meletihkan pimpinan lain untuk menjelaskan penipuan Hadi ini. Akhirnya, anaknya Khalil terpaksa menjadi bodoh juga.
Anwar tidak perlu ikut perangai dan rentak Hadi. Kalau Anwar gilakan jawatan PM, Anwar tidak perlu berjuang 20 tahun lebih melawan umno. Anwar bukan macam Hadi yang berpuluh tahun berjuang, kafirkan Umno, pecahbelahkan umat Islam bahkan sampai ada penyokong-penyokongnya yang sanggup mati kerana amanat karut beliau, akhirnya Hadi melutut dengan Umno. Anwar tidak semurah maruah Hadi.
Saya nasihatkan Khalil agar menasihati bapanya untuk kembali ke pangkal jalan. Jangan lagi disesatkan oleh Umno. Jangan sampai serban ayahnya itu dikencing berkali-kali. Jika ayahnya masih berdegil, mungkin Khalil patut bawa ayahnya ke hospital pakar sekali lagi agar dapat di'scan" otaknya. Kita bimbang sesuatu yang tidak kena pada kestabilan otak ayahnya memandangkan semakin teruk merepek orang tua ini.
WFAUZDIN NS
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Padu beb! Syabas!
ReplyDeleteApa nak hairan jika bapak borek anak rintik..jika guru kencing berdiri murid kencing berlari...bagaimana acuan begitu le bentuknya...
ReplyDeleteIni sesuai benar dengan pemimpin kaki bohong...temberang...suka mengugut...
Dia hadi awang lupa pengundi islam anak muda yg menyokong pas
( parti sprsis) masa pru 13 waktu pas amat mencingai DAP hinggahsanggup bergelumang dengan babi kafir harbi konon...
Baru kini dia kata anak muda yg tak sokong pas dlm pru 14 adalah musuh islam...
Apa punya spesis pemimpin islam sebegini?
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteSepatutnya pas tidak harus ujud memainkan isu agama jika pemimpin suka cakap bohong. Kelakuan mejejaskan image islam...disyorkan jgn guna agama utk kelantung rakyat bagi menghalalkan perbuatan. Pemimpin begini wajib digam berpolitik kerana takut akan menyesatkan rakyat...
ReplyDeleteMamat presideng dan lebong tidak boleh dipisahkan
Delete1. Bagi kita 5 negeri...., Tak ngaku bila ditanya
2. Ku Li, hang jd PM bila PR menang PRU13...tk ngaku jugok
3. Mentekedarah pitis umno... Bukan takat tk ngaku, tp siap kata org fitnahkan parti dia
4. Ada kalanya...LEBONG ITU WAJIB demi maslahat parti
Mamat begini pemimpin berwibawa? Kahkahkah
Pelacur Agama Semalaysia
ReplyDelete"Saudara, saya ulang.
ReplyDeleteHari ini kalau pilihan raya kita menang, bagi saya 24 jam.
Bukan 20 hari, bukan 2 minggu.
24 jam, saya umum harga minyak turun serta-merta."
Ingat lagi dak itu kata2 siapa semasa kempen pru14 dahulu? Itulan janji2 "manis" dan "harum" bak kesturi daripada seorang pesalah luwat 2 kali, dan barangkali akan muncul liwat 3.0 selepas ini. Mana dia janji2 tu? Setelah ditroll oleh ds najib, dan setelah 9 bulan jd kerajaan,,baru turunkan harga minyak,,itu pun tidak seperti janji2 "megah bergaya" rm 1.50 se liter. Tak PEMBOHONG kah ini wahai macai2 dap? Itu isu minyak, tak sebut lagi isu PTPTN, AES, penghapusan TOL, fitnah rafizi cincin 24 juta, fitnah kerugian felda,,mendakwa brim adalah rasuah, tp sebaliknya ubah nama sikit kpd bsh 27 sen sehari, nak bayar duit masuk JAMBAN pun tak boleh , bila ph buat tak apa , bukan rasuah. Aes masa bn zalim, bn beli kamera aes rm170k, mahfuz kata songlap duit, boleh beli kamera tu dgn rm17 k saja ( camera cap " mahfuztaik " kut ), mai hampa jd kerajaan, aes ialad " maqasid syariah" dan pendidikan kpd rakyat di jalanraya. Beli kamera pulak dg harga rm200k. Fuh....jd, aku nasihatkan hangpa semua,,jgn terasa bau taik org lain, sedangkan taik tu ada di jubug hampa tu.....oh tambah sikit . Aes hampa tu bukan maqasid syariah no, tp maqasid syaribabi....kah kah..
inilah hasil PHD yg ada pada en en walaun...
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDelete