Thursday, February 14, 2019

‘NABI TIDAK ADA IJAZAH’ - MUJAHID MAHU SAMAN HADI AWANG & HARAKAH

‘NABI TIDAK ADA IJAZAH’ - MUJAHID MAHU SAMAN HADI AWANG & HARAKAH

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dr. Mujahid Yusof Rawa mengancam untuk mengambil tindakan saman ke atas Presiden PAS Abdul Hadi Awang dan lidah rasmi parti itu, Harakah kerana didakwa memfitnah beliau.

Dalam satu artikel yang dimuatnaik oleh Harakah yang turut merujuk kepada kenyataan Presiden PAS bertajuk ‘Ijazahnya ada, akalnya kerdil’ dipercayai ditujukan kepada Menteri Agama itu berikutan satu gambar yang telah di edit mendakwa Dr Mujahid menyebut Nabi Muhammad SAW juga tidak ada ijazah.

Dr Mujahid telah menafikan mengeluarkan kenyataan tersebut.

Dr Mujahid dalam satu kenyataan di Facebook beliau hari ini berkata;

Sekali lagi diingatkan bahawa mana-mana pihak yang menyebarkan atau membuat tuduhan (fitnah) akan berhadapan dengan tindakan undang-undang.

Harap Media Rasmi PAS menarik balik artikel (http://www.harakahdaily.net/index.php/kolumnis/presiden/9724-ijazahnya-ada-akalnya-kerdil) berunsur tuduhan (fitnah) terhadap Menteri atau bersedia untuk menghadapi tindakan undang-undang. - Admin


Pada minggu lalu, Ketua Pemuda PAS Selangor disaman oleh Menteri Industri Teresa Kok sebanyak RM30 juta.

Abdul Hadi Awang juga telah menarik saman ke atas Sarawak Report pada minggu lalu setelah membelanjakan lebih RM2.1 juta untuk saman tersebut hasil daripada sumbangan ahli parti tersebut.

5 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Rasanya menteri patut teruskan saman pihak yg tak btgunjawab ini. Makin dibiar makin berleluasa kerja2 fitnah ini.

    ReplyDelete
  3. Saman aje.. lagi dibiarkan lagi melampau puak2 perasan suci ini.. mereka perasan mereka kalis dosa.. sbb itu memfitnah tanpa rasa bersalah..

    ReplyDelete
  4. Salam. Rasanya tujuan menteri cakap bukan menghina. Memang betul pun. Nabi tak perlu ijazah pun utk jadi pemimpin. Mereka telah allah kurniakan kebijaksanaan yg tinggi. Bukan juga nak samakan dgn manusia biasa. Ade juga dikalangan manusia tak perlu diberi pelajaran tinggi. Tapi doberi kelebihan akal yg bijak. Tu aje. Patut boleh paham.

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang sesape bole faham...tapi isunya ialah hati dah benci...puak Pas kan dah benci sgt dgn puak Amanah...jadi apa yg amanah ckp pasal islam semuanya x ok....

      dlm dunia ni umat islam yg ok ialah ahli pas...yg 1.5 billion lagi tu semuanya tak islamik....pas ni berfahaman khawarij...adik beradik daesh...isis..

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...