Sunday, March 31, 2019

Gempar : Orang kapiaq ambik alih barang surau masjid..!

KESIAN AJK SURAU NI. APALAH NASIB MEREKA NANTI AGAKNYA.


Baru-baru ni Surau Tabul Al-Hajj ada masalah sikit. Banyak barang-barang lama di surau tersebut dah tak boleh digunakan lagi. Antaranya mimbar lama, tong tabung surau, karpet lama, kerusi dan meja di bilik mesyuarat dan banyak lagi.

Semua barang-barang tersebut ada yang tak digunakan, ada yang dah rosak dan ada juga yang dah tak boleh dibaiki lagi. Tapi nak buang sayang. Nak jual tak laku. Tak de siapa yang nak beli. Nak simpan kat surau dah tak muat. Nanti bimbang menghalang jamaah nak mendirikan solat pulak.

Maka jawatankuasa surau yang dipengurusikan oleh Pak Jihad pun buatlah mesyuarat tergempar. Hampir 5 jam mesyuarat dijalankan.

Selepas semua memerah idea dan mengutarakan pandangan masing masing, maka jawatankuasa surau pun membuat keputusan untuk menjual saja barang-barang surau yang dah tak boleh digunakan tersebut kepada syarikat Pro Am Sdn Bhd.


Syarikat ni memang biasa dan berpengalaman "ambil" barang-barang lama dari surau dan masjid sekitar. Apa yang syarikat ni lakukan adalah mereka akan baik pulih barang-barang lama tersebut dan akan cari pembeli-pembeli yang berminat. Hasil daripada jualan barang-barang tu nanti sebahagian besarnya akan diserahkan balik kepada surau atau masjid yang berkenaan mengikut persetujuan bersama. Bukan setakat itu sahaja, syarikat tersebut juga akan bagi pinjam guna barang-barang mereka kepada masjid atau surau tersebut buat sementara waktu sehingga hasil jualan daripada barang-barang lama tadi diserahkan kepada surau atau masjid berkenaan.

Memang susah nak cari syarikat yang berpengalaman dan sanggup buat bisnes macam ni di sekitar pekan ni.

Syarikat ni pekerjanya orang Melayu Islam. Bos-bos besarnya pun orang Melayu Islam juga. Cuma pengurus syarikat tersebut adalah seorang Cina. Tapi sungguhpun beliau bukan beragama Islam, beliau berpengalaman luas dalam bisnes baik pulih dan jual barang-barang lama ni. Mungkin sebab itu lah kot bos-bos besar syarikat tu ambil dan lantik dia sebagai pengurus syarikat.

Maka dipendekkan cerita, semua barang-barang surau yang dah tak boleh digunakan tadi pun diserahkan kepada Syarikat Pro Am Sdn Bhd tadi. Alhamdulillah. Lega nampaknya pengurusan surau selepas barang-barang tersebut di serah kepada syarikat tadi.

Sebenarnya barang-barang tu dibeli semasa surau Tabull Al-Hajj diuruskan oleh jawatankuasa lama. Maklumlah masa tu jawatankuasa lama rasa surau banyak duit. Dibelinya semua barang-barang semata-mata nak habiskan bajet duit surau walaupun tiada keperluan mendesak pun untuk beli. Bila dah tak digunakan, jadilah barang-barang tersebut terbiar dan bersepah sahaja di tepi surau.

Bila jawatankuasa baru surau dilantik banyaklah penambahbaikan yang mereka nak buat untuk susun balik kewangan surau dan barang-barang milik surau tersebut.

Selepas itu, berita tentang penjualan barang-barang lama surau tadi sampai ke telinga jawatankuasa lama surau tersebut. Disebabkan dengki dengan usaha yang dilakukan oleh jawatankuasa baru surau tersebut, maka mereka pun mulalah sebar cerita kononnya jawatankuasa baru surau tu pergi jual barang-barang surau pada orang Cina.

"Apa ke jadah nya jual barang-barang surau pada orang kapir?" Tanya Pak Majdi bekas pengerusi surau tu di hadapan penyokong penyokongnya.

Maka penyokong penyokongnya yang setia pun mulalah sebarkan cerita tu pada seluruh orang kampung. Orang kampung yang tak pernah datang surau pun turut terpengaruh dan buat bising. Habis satu kampung jadi kecoh dengan berita tersebut.

"Jawatankuasa baru surau jual barang-barang surau pada orang kapir". Itulah perkataan yang mereka duk sembang dan ulang-ulang kat kedai-kedai kopi. Sampai penduduk kampung sebelah pun turut terpedaya dengan cerita yang mereka sebarkan tersebut.

Marah sungguh nampaknya orang kampung dengan tindakan yang dilakukan oleh jawatankuasa baru surau tadi. Segala penjelasan daripada Pak Jihad dan AJK-AJK beliau tidak diendahkan langsung. Bagi Pak Majdi dan konco-konconya, jawatankuasa baru ni dah buat salah besar. Dah melampau.. Dah sesat..Mereka perlu diganti dalam mesyuarat AGM surau yang akan datang.

Kesian jawatankuasa baru surau. Usaha yang baik yang mereka lakukan untuk menyelamatkan pengurusan surau telah difitnah dan ditohmah sedemikian rupa. Nasib lah. Siapa suruh nak sangat jadi jawatankuasa surau. Kan dah kena. Bersabar je lah Pak Jihad oii..

Begitulah kisah yang terjadi di Surau Tabull Al-Hajj. Surau kampung saya yang tercinta. Moga kisah ini menjadi tauladan untuk kita semua.

Wallahuaklam

Coretan,

SALKUKHAIRI ABD SUKOR
Kuantan, Pahang

2 comments:

  1. percayalah...jwtn kuasa lama dan org org kg yg percaya hanya seronok nk menghentam jwtn kuasa baru....andaikata esok esok geng jwtn kuasa lama dan org kg dpt semula uruskan surau tersrbut pasti mereka bergaduh sesama sndri...sbb mereka hanya begabung kerana sakit hati pd DAP dan Amanah ....

    ReplyDelete
  2. Ada sebahagian umat melayu Islam di Malaysia ni malas membaca dan mencari ilmu serta maklumat. Lebih percaya kepada cerita fitnah..membawang dan suak wasangka... kita dah masuk ke zaman fitnah...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...