Friday, April 26, 2019

ADAKAH PAS PARTI YANG MEMPERJUANGKAN ISLAM ??

- Prof Nasoha Saabin

Faham agama tidak bererti faham kepada pendekatan politik dan kemaslahatannya. Yakin kepada Islam asasnya adalah menyokong kepada kerja-kerja makruf dan menentang pihak-pihak yang mungkar. Adakah bersama dan menyokong UmnoBN itu bertepatan dengan uslub dakwah Islam ??

Pengorbanan juga menjadi sia-sia jika kita bersekongkol dengan puak-puak yang zalim dan mungkar serta menyeleweng apabila diberikan kuasa. Jika benar kita melakukan sesuatu itu kerana Allah, maka Allah melarang kita cenderung kepada kezaliman, apatah lagi menyokong dan mengundi puak-puak ini. Inilah yang selalu disebut di dalam mukaddimah setiap ucapan di dalam ceramah Pas sebelum ini.


Malangnya, Pas tidak mematuhi syarat itu apabila terang-terangan membantu UmnoBN yang terang lagi bersuluh sewaktu pemerintahannya telah merosakkan bangsa, agama dan negara ini.

Pas bukan menjadi suruhan syariat, tetapi Pas telah dilihat menjadi suruhan Umno untuk kembali berkuasa di negara ini. Pas lupa kepada doa "K.O" Umno sewaktu Almarhum Tok Guru Nik Aziz masih hidup. Kini doa Pas berubah kepada "O.K" Umno.

Bukan hari ini, bahkan sejak dahulu kala UmnoBN sentiasa menghina Pas apabila Pas cuba membawa perjuangan Islam. Siapa yang pernah menggelar Pas Parti Ajaran Sesat sehingga mengadakan satu seminar khas di Terengganu atas tajuk "Pas Parti Ajaran Sesat" ??

Dap, Keadilan, Amanah dan Bersatu tidak sanggup berbuat demikian, kecuali Umno. Hari ini, ada yang memarahi Pas bukan kerana Pas mahu bawa Islam, tetapi adalah kerana Pas menjual Islam mengikut seleranya sendiri.

Pakatan Harapan tidak pedulikan Pas kerana bagi kami Islam itu untuk semua dan sesiapa juga berhak memperjuangkannya mengikut kaedah yang difikirkan baik. Bagi Pakatan Harapan, menentang rasuah, menentang kezaliman, menegakkan keadilan, meningkatkan ekonomi dan pendidikan, memperkasakan semua jabatan kerajaan, memperkuatkan pertahanan negara dan menghukum semua perompak yang merompak harta rakyat dan melakukan penipuan, memperbetulkan kerosakan di dalam Tabung Haji, LTAT dan Felda, itu juga adalah perjuangan yang dituntut oleh Islam.

Amatlah rugi perjuangan kita jika bersekongkol dengan puak-puak perosak seperti UmnoBN.

Syariat Allah tidak akan tertegak jika kita memilih parti yang selama ini terbukti merosakkan syariat itu. Perjuangan menegakkan syariat Allah itu mestilah bersama pihak atau kumpulan yang mahu membersihkan negara ini dari kerosakan yang dilakukan oleh rejim terdahulu.

Pas telah memilih jalan yang salah dan tidak pelik sekarang ini Pas semakin dilihat bukan sebagai parti Islam tetapi sebagai parti yang hanya menumpang kesesatan Umno korup untuk mendapat kuasa memerintah.

Ulama2 terdahulu masuk penjara dan mati sebab mempertahankan akidah. Mempertahankan perjuangan dan prinsip agama daripada dijarah oleh penguasa2 zalim.

Contoh, Imam Abu Hanifa yang menolak untuk jadi Mufti disebat belakang badannya dan dipenjara. Imam Syafie sendiri dirantai dengan rantai besi dari Yaman hingga ke Raqqah. Imam Ahmad Hambal dipenjara 30 bulan kerana menolak Al-Quran itu sebagai makhluk.

Akhir zaman ini, insyaAllah ada juga ulama yang akan dipenjara. Tapi bukan kerana mempertahankan akidah dan perjuangan. Tetapi dipenjara kerana makan dedak UMNO.

Dipenjara kerana menipu Allah dengan mengatakan WAJIB BOHONG sebab kantoi makan dedak/rasuah.

9 comments:

  1. UMNO merosakkan syariat, DAP memperjuangkan syariat Islam.....???? Apa yg cek duk meqapu ni???
    UMNO yang bukan kerajaan ada dedak???........PH tu kerajaan ka pembangkang?
    Malangnya penyokong PH, dah hampir setahun memerintah masih berjiwa pembangkang........yg bagi dedak hanya kerajaan sebab depa pegang kantung dedak! 'Makan dedak' tu ejekan PH semasa sebelum PRU14...........la ni lama dah PRU14 berlalu, kerajaan pun dah bertukar!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hujah org mental pun tak dapat dijawab...... mengutuk saja..... demi mempertahankan DAP

      Delete
    2. Undang-undang yang ada sekarang hasil dari 60 tahun BN memerintah Malaysia. Kehilangan hak-hak melayu dan tanah-tanah melayu juga hasil 60 tahun BN perintah. Kenapa kerajaan 1 tahun terpaksa menerima semua kerja-kerja jahat dan kerosakan BN 60 tahun dahulu?

      Delete
    3. Bab Islam, selama ini hanya MCA, MIC dan Gerakan yang saman PAS kerana HUDUD. Yang hina PAS sebagai taliban pula, brrpuluh tahun MCA canang dan yang melakar kalikatur monyet-monyet berserban atas pokok adalah MCA merujuk kepada RUU355. RUU yang dibentang dan sendiri tangguh berulang kali.

      Delete
  2. la!!! en walaun baru bangun tidoq ke. bos bos en walaun tu dah kenyang pun makan dedak en walaun masih tak tau lagi ke...tu la lain kali jangan dok bawah pokok tapi dok la atas pokok mcm kata nuk amru..

    satu lagi memang la kerajaan ph kena bagi balik duit kat rakyat sebab kerajaan ph tu kerajaan rakyat..tak kan nak bebedak kat umnupis mcm si najub tu buat kut..

    kalau nak taksub pun padan padan la en walaun ooiii.

    ReplyDelete
  3. Umno bukan kerajaan lagi...... mana ada dedak dah...... DAP ada dedak lah..... dedak+babi......

    ReplyDelete
  4. Fanatiknya..... Kerajaan PH bagi duit xpa, kerajaan Umno bagi duit, dedak.
    Fikirlah rasional sikit...... Otak material, tak fikir pasal aqidah langsung

    ReplyDelete
  5. kesian geng 2 lebai ni makin bangang dah sejak dok berkawan ngan kepala penyamun sikit2 dap ingat tak boleh berak dap yg salah juga kot mcm la islam tu mak bapak dia yg punya

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...