Tuesday, April 9, 2019

Kenapa Tiada Komen Rasmi Dari PAS Tentang Hibah Tabung Haji?


Bila kita lihat page FB TGHH, TITM, Takiri dan Tantawi mereka semua senyap menyepi tentang hibah TH yang kurang sebanyak 1.25%. Pelik Parti Agama tetapi hal-hal tentang umat Islam tiba-tiba mereka tak cakna. TITM pada 1 April ada menyindir yang TH akan umumkan hibah pada 35 atau 40 April.

Sebab itu saya sendiri tidak nampak mana-mana sahabat saya dari PAS yang share isu hibah tabung haji; just to prove my point yang di dalam PAS hanya Ulama mereka yang akan memikirkan semua perkara untuk mereka, jika ulama tidak bersuara mereka senyap tapi kalau ulama bising baru mereka bising.


Just hear me out. Mungkin sebab-sebab utamanya mungkin adalah seperti di bawah:

Plan Pemulihan TH oleh PH ada lah di landasan yang betul.

PAS tahu yang TH telah di rosakkan oleh rakan taawun mereka dan mana PAS sendiri ada saham dalam membenarkan kebejatan oleh bekas Chairman TH Azeez melakukan creative account dari 2015 dengan membayar hibah menggunakan duit simpanan pendeposit.

Jadi PAS sesekali tidak akan mengakui kekhilafan mereka yang terdahulu ( malu jika ulama mengaku silap) yang telah tertipu dengan Azeez bila mereka berpuas hati dengan prestasi TH.

 Saya sendiri tak tahu yang PAS waktu dia berpuas hati itu dia betul-betul faham dengan penjelasan Azeez atau pun pura-pura faham supaya tidak nampak macam orang yang bodoh. Kalau PAS mengakui TH sekarang sedang di baik pulih, nanti peluang PAS untuk membantu menjadi Tok Mat di rantau akan berkurangan. Yang paling saya kagum ialah TGHH lepas keluar dari IJN terus bergegas membantu kempen tok mat di rantau walaupun doktor sendiri suruh TGHH berehat. Kasih betul TGHH dengan UMNO sampai sanggup menjadi khadam walaupun PAS tidak bertanding di rantau.

PAS Sendiri Tidak Faham Tentang Kewangan

Dalam ratus ribu teknokrat profesional dalam PAS, takkan tiada satu pun yang boleh tolong TGHH bagi advice tentang hibah TH? Kenyataan tentang State Rom ada jadi saya rasa mesti ada peguam yang sudah advice TGHH cuma pelik kenapa tentang hibah TH PAS senyap menyepi? Tapi tak hairan lah, macam Tantawi sendiri waktu jadi Ahli parlimen pun keliru tentang kewangan asing dan pendatang asing, bunyi hampir sama kan? Mungkin juga sebab ulama-ulama agak confuse baca 4.1 billion dengan 2.6 billion dengan 90 juta lepas tu tiba 1.4 juta pulak, nampak macam semua nombor sama kan?

Sebab tu lah Azeez dulu berani jemput Ulama PAS tolong sucikan kebobrokan mereka walahai Bank Negara sudah bagi warning dari 2015 dan Rafizi pun sudah bagi warning yang sama. Kalau Azeez betul-betul ikhlas sudah tentu dia akan berani jemput Rafizi sekali.

Collective Responsibilities

Bila sudah jadi part of colliation BN ( kejap dah kawin, kejap keluarga, kejap adik beradik), apa kesalahan BN dahulu juga di tanggung bersama oleh PAS. sebab itu beberapa hari lepas TITM kata PAS dengan UMNO ibarat cubit peha kanan peha kiri terasa. Jadi sebab UMNO dah rosakkan TH, PAS pun terpaksa senyap menyepi.

Kalau PAS keluarkan statement sokong tindakan PH, nanti akan menguris perasan UMNO. Ia lah keluarga baharu, inai pun masih merah di jari. Jadi apa yang PAS boleh buat ialah senyap menyepi dengan harapan akan ada isu-isu lain yang boleh PAS tunggang seperti Statu Rom.

Penutup

Ini lah balasan dari tindakan PAS sendiri yang meninggalkan Islam dan mengikut orang yang zalim. Kalau lah PAS masih teguh dengan amanat ATGNA supaya jauhkan diri dari UMNO, nescaya PAS tidak akan jadi hina sampai macam ini. Dari berbohong syarie, makan duit UMNO, ubah hukum halal haram demi survival politik, PAS sudah mencapai tahap paling rendah setelah pemergian ATGNA. Dan kasihan juga saya tengok TGHH dari dulu dia tuduh PAN khadam DAP, hari ini Allah sendiri telah jadikan dia sebagai khadam UMNO.

Mungkin ini adalah balasan dia bila dia sebut "MAMPUS ASRI!" pada muktamar PAS terhadap presiden PAS waktu itu Dato Asri sebagai membantah penyatuan PAS dengan UMNO oleh Dato Asri. Sekarang apa yang TGHH kata pada Dato Asri dahulu dia sendiri buat balik.

Petikan dari fb.

4 comments:

  1. ..."Dan kasihan juga saya tengok TGHH dari dulu dia tuduh PAN khadam DAP, hari ini Allah sendiri telah jadikan dia sebagai khadam UMNO."
    UMNO majoriti ahlinya Islam, DAP majoriti ahlinya bukan Islam...........itu pun tak boleh beza ka?

    ReplyDelete
  2. Khadam ko..Khadam...!!!Parti Islam apa namanya..Parti khadam tua angkat Naji...s!!!

    ReplyDelete
  3. Marah kat orang Islam (Najib) lebih drp DAP.......

    ReplyDelete
  4. Orang islam yg pelingkup tabung haji, songlap duit dan tipu akaun tak marah pulak.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...