Saturday, August 3, 2019

Apakah ekonomi Malaysia ini semakin menguncup/mengecil atau sedang berkembang ?


Ada rakan karya bertanya, apakah ekonomi Malaysia ini semakin menguncup/mengecil atau sedang berkembang ? Jawapan ini mungkin berbeza kpd kalian, tapi ini adalah penelitian kami sendiri.

Pertama, kita sedang rundingkan alternatif utk atasi masalah ekonomi antaranya merundingkan pelbagai perjanjian yg berat sebelah tidak memihak kepada Malaysia.

Ya! Ini memang kerja gali & timbus hutang... tapi ia terpaksa di lakukan. Malaysia pinjam Jepun, utk bayar kepada China. Lebihan terpaksa uruskan pelbagai perkara. Kontranya, kalian kan lihat hutang negara sedikit meningkat seketika dan kan kembali menurun.



Sampai pada Najib, dia hentam kromo kata PH buat hutang...hanya meraih populariti saat hutang itu sendiri negara terpaksa selesaikan yg beliau sendiri sumbangkan hingga negara tenat! Benar, PH kerap bangkitkan isu hutang kerna itu adalah faktor utama yg perlu di selesaikan terlebih dahulu.

Ada yg berkata ekonomi Malaysia semakin turun, pelabur asing lari.

Apa yg berlaku, sewaktu PRU13 dahulu lagi kami menasihatkan agar pelabur asing alihkan aset & ekuiti ke negara jiran memandangkan Kleptokrasi menjarah di pelbagai peringkat sumber. Maka, mereka perlahan2 alihkan apa yg mereka perlu. Pabila keadaan menguncup, pentadbiran Najib mula usaha pertama dgn Panda. Bertitik dari itu, baru masalah seterusnya menanti. Kini PH terpaksa hadap masalah tersebut, runding & atasi masalah termasuklah merunding pelbagai projek besar samada yg sdg berjalan mahupun akan berlaku.

Dan kerajaan kini tidak buleh sewenangnya nak batal mana2 perjanjian besar kerna ia akan mendatangkan impak negatif dari segi ekonomi & kerjasama perdagangan antara negara. Maka jalan selamat ialah dgn kata, "Merundingkan Kembali & cari kewajaran tanpa bebankan negara".

Jika lihat sejarah 5 tahun lepas, negara Malaysia bawah pentadbiran Najib telah menghampiri kadar melebihi RM4 beberapa kali. Antaranya:

(2.10.2015 = RM4.42) + (13.11.2015 = RM4.39) + (15.1.2016 = RM4.40)

Dan negara kita pernah capai kadar tukaran RM4.49 pada 16.12.2016 di mana akhir hujung tahun tersebut 30.12.2016 kadar indeks berada di peringkat paling tinggi RM4.49.

PH berjaya memerintah 10 Mei 2018, pada 11 Mei 2018 sehari selepasnya kadar tukaran RM-USD berada RM3.95/dollar. Hari ini pada 2 Ogos 2019, indeks tukaran wang asing Malaysia vs USD berada pada RM4.158.

Ya, matawang RM melemah ketika Malaysia sedang berhempas pulas perbaiki jurang masalah yg terlalu besar dari sangkaan sebelum PRU14. Tambah lagi dalam keadaan krisis perdagangan antara kuasa besar China & US, sedikit sebanyak Malaysia terkena tempias ekonomi & mata wang melemah kerna kita hanya menggunakan Dollar sbg kadar tukaran. Secara impaknya, ia turut terkesan tetapi dgn kawalan modal & beberapa faktor lain Malaysia semakin berjaya menstabilkan ekonomi.

Apa yg berlaku, kerajaan PH kini sedaya upaya cuba dan mampu menarik pelaburan asing ke Malaysia.

Gambar yg kalian lihat di atas ini adalah statistik 4 tahun pergerakan Foreign Direct Investment. Bukan tujuan GM nak jadi cikgu mengajar kalian baca graf. Hanya sekadar rujukan & penelitian kalian bahawa Malaysia sedang susun ekonomi...perbaiki masalah dalaman...cuba stabilkan kewangan dan bawa masuk pelaburan asing ke sini. Dan itupun hanya statistik setakat Januari 2019. Pada Julai 2019, perangkaan FDI tersebut dijangka terus bertambah.

Dan pd masa sama Malaysia sedang cuba tingkatkan eksport komoditi ke pasaran luar contohnya getah dan sawit. Afrika sedang mulakan Biodiesel, maka negara sedang ambil peluang di sana. Nak tingkatkan harga getah & sawit ini perlukan pengembangan pasaran. Sedikit demi sedikit, Malaysia sedang berusaha membantu peladang kecil mahupun besar.

Kini telah ada peruntukan pinjaman tanaman semula sawit. Ada terlalu banyak kontra, tapi halatujunya hanyalah agar saban hari segala masalah buleh di atasi di samping mempertingkatkan sektor industri 4.0. Jadi, jika kata pihak pelabur lari tinggalkan Malaysia,,,, mereka telah mula sebelum PRU14 lagi. Di sangkakan program cash is king masih terus mengganas yg menyebabkan mereka lari, kini pelaburan itu kembali menerjah.

Hat mana yg dah pindahkan kilang mereka ke Indonesia, China & Thailand, program mereka telah kekal di atas rancangan mereka sendiri dalam mengelak kelahapan kleptokrasi. Kini di suasana baru, banyak sektor asing kembali berminat melabur di Malaysia antaranya Turki, Korea, Jepun, China, US, termasuk Singapore, India dll.

Panjang sangat dah ni...pening kalian nak baca. :P Ok, GM berhenti setakat di sini.

Yang berkarya:
Gino Marvela aka Gin Marvel.

5 comments:

  1. Ya! Ini memang kerja gali & timbus hutang... tapi ia terpaksa di lakukan. Malaysia pinjam Jepun, utk bayar kepada China.

    Pinjam Jepon nak bayar hutang dgn cina?...habis tu kenape madey tambah hutang cina dgn bon panda?..mau auta kar?


    Seblm pru14 ekonomi malsysia 5.9%... Sekarang 4.5% saja...ekonomi kembang jenis ape ni?...

    Rinhgit seblm pru bawah 4 ringgit sevdolar US....dah lebih 1' tahun masih lebih dari 4 ringgit..

    Mengaku sajalah madey tak mampu pulihkan ekonomi malaysia....madey hanye mampu putar belit dan tipu manispestol..

    Madey yg dah nerudum popularitinye patut digantikan untuk selamatkan malsysia..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fakta macam tak betul jer pinjaman bon samurai 0.25% selama 20 tahun. Manakala pinjaman dari china 5% untuk 20 tahun cuba kira kat mana penjimatan pada kerajaan? 5x20 =100 manakala 0.25x20 =5

      Delete
  2. Pelabor lari kerana cash of king?..jin marvel merapu..seblm oru dah ada cash of king...madey angkat sumpah semua jatuh...pelanor bencikan madey kerana dah tahunmadey kaki putarbelit....

    ReplyDelete
  3. hang ambik najib balik bela rumah hang la gamak sayang sangat kat dia.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...