Friday, September 13, 2019

Husam: PAS ibarat tutup bangkai gajah dengan kopiah


Kenyataan Naib Presiden PAS, Mohd Amar Abdullah yang menafikan parti itu tidak pernah melabelkan Umno sebagai kafir ibarat 'menutup bangkai gajah dengan kopiah', kata Senator Husam Musa.

Naib presiden Amanah itu berkata, pemimpin PAS tersebut mungkin sudah lupa bagaimana amanat Presiden PAS, Abdul Hadi Awang, sebelum ini menyebabkan perpecahan dalam kalangan masyarakat.

"Usahkan perkara ini, ucapan yang dibuat dengan menghentam teruk Umno satu ketika dahulu pun dia sudah lupa," katanya seperti dilaporkan Sinar Harian Online, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Mohd Amar yang menafikan dakwaan PAS melabelkan Umno sebagai kafir sebelum ini.


Sebagai rekod isu tersebut muncul selepas Pengerusi Bersatu Dr Mahathir Mohamad menegaskan PAS perlu menarik semula dan memohon maaf kerana melabelkan Umno sebagai kafir ketika kedua-dua parti itu dalam proses bekerjasama.

Sementara itu timbalan menteri besar Kelantan tersebut juga menyatakan tidak berbangkit soal meminta maaf susulan kerjasama tersebut, malah Dr Mahathir sendiri tidak pernah memohon maaf terhadap Presiden PKR, Anwar Ibrahim selepas bekerjasama dalam PH.

Sementara itu, Husam yang juga Pengerusi Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (Kada) berkata, pernah berlaku satu ketika dahulu seorang imam di Terengganu yang hampir mengangkat takbir, diusung keluar gara-gara orang Umno.

"Kemudian, imam daripada sebuah parti telah menggantikan individu tersebut bagi menunaikan solat berjemaah.

“Bukan itu sahaja, pengasingan kenduri kahwin dan tanah perkuburan juga berlaku di Terengganu satu masa dahulu," katanya.

1 comment:

  1. Masa rakan muda tgh nak popular dulu. Aku ade gak join rakan yg perkemahan punya. Nama aku tak Ingat. Masa tu nak pegi bayar yuran la, nak pegi camping dekat gunung chenduan kalau tak silap. Kat sg tua. Aku ajak la anak jiran aku teman kan, nak pegi pejabat daerah klang, Pasal pejabat Dia Kat situ. Aku cakap aje Kat bapak dia. Terus dihalaunya balik. Masa tu baru darjah 6. Menangis la Aku valik Pasal kena marah, name pun budak. Serius Aku tak Tau Kenapa aku kena marah masa tu. Last Arwah bapak aku Yg antar... Akibat politik, budak Yg tak Tau ape pun Ko nak maki. Agak2 masih ujud ke pentaksub pas mcm ni. Demi Allah benda ni Jadi Kat Aku. Tahun 1988/89. Bila Aku Dah tau ape tu politik, baru la Aku Tau Kenapa Dia marah Kat Aku. Dia pas Piau punya. Sejak tu, bila Aku nampak sungai, nampak org camping Aku akan ingat cerita tu... Dia pun Dah arwah jugak... Skang pun Masih camping jugak. Tapi Cuma Kat laman rumah, dgn anak...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...