Wednesday, November 27, 2019

Bendera bucu lima: Polis panggil pemimpin MCA

PRESIDEN Persatuan Bola Keranjang Malaysia (MABA) telah dipanggil pihak polis susulan insiden paparan Jalur Gemilang bintang pecah lima pada majlis perasmian kejohanan bola keranjang di Stadium Maba, semalam.

Ketua Polis Kuala Lumpur Mazlan Lazim berkata Lua Choon Hann telah dipanggil pihaknya ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur untuk diambil keterangan.

“Presiden MABA ada berjumpa dengan saya pagi tadi untuk memperjelaskan kejadian sebenar. Beliau memaklumkan kejadian itu bukan daripada pihaknya, sebaliknya daripada kontraktor Teknologi Maklumat (IT).

“Justeru, polis meminta MABA membuat laporan polis untuk tindakan lanjut,” katanya di Kuala Lumpur, hari ini.


Paparan Jalur Gemilang dengan bintang lima itu dipaparkan menerusi klip video bersama logo Westport ketika nyanyian lagu Negaraku.

Sejak malam tadi, video berdurasi 1 minit 42 saat tular di media sosial.

Sementara itu, Polis bakal memanggil kontraktor IT terbabit untuk menjelaskan perkara sebenar.

“Siasatan akan dijalankan sama ada ia kejadian tidak disengajakan atau sebaliknya.

Sebagai rekod, semakan di laman sosial mendapati Choon Hann merupakan seorang pemimpin parti politik MCA,

Beliau sebelum ini dilapor sebagai seorang dari Ahli Jawatakuasa Parti itu.

2 comments:

  1. Kalau asyik silap tidak disengajakan dimaafkan..

    Besok, malaysia terjual pun silap tidak disengajakan...

    Maafkan shj.

    ReplyDelete
  2. Baru menang d tg piai dh mula tunjuk belang. Tahniah umno dan pas.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...