Saturday, November 23, 2019

Isu NAFAS merupakan game plan dan strategi puak kelompok Ashabiyah Cina dan Melayu..!


Bila kita jawab fitnah depa pasal Skandal RM 1.4 Billion..Depa jawab pulak, Kita bukan pertikai kenapa Tender tu diberi kepada NAFAS.. Tetapi kenapa Buat tender Terbuka, Lepas tu berikan kepada NAFAS dengan rundingan Terus.. Kata depa, Kalau mcm PH menipu lah kata nak buat tender Terbuka..

Sebenarnya, Pertanyaan itu hanya mainan Politik.. Kalau sapa ikuti sesi perbahasan Parlimen 2018.. Semua orang akan faham, Sebelum ini Salehuddin Ayyub bertegas mahukan Tender terbuka demi penjimatan dari perbelanjaan Kerajaan.

Tetapi ketika sesi Perbahasan tahun lepas, Ahli Parlimen Sungai Petani,Johari Abdul menentang cadangan itu kerana merasakan ia akan menjejaskan Petani dan Peladang yang punya kepentingan dalam NAFAS, Kilang NAFAS di Gurun itu pula dikatakan berada dalam parlimen Johari Abdul..malah Ahli Parlimen tanjong Karang dari BN menyokong cadangan itu..


Atas sebab cadangan dan tentangan itu Salehuddin mengubah keputusannya demi menyelamatkan ramai dari peladang dan Petani yg punyai kepentingan di dalam operasi NAFAS..

Apa yang cuba dibangkitkan Wee Ka Siong semalam adalah memainkan Sentimen masyarakat dan kaum pemodal Cina.. Ini game Politik..Wee Ka siong nak nampakkan Salehuddin ni Pro melayu, Bailout Syarikat bumiputera mcm UMNO dulu..Tapi malangnya PAS terikut sama, Malah sedia menjadi khadam abadi MCA... Soal NAFAS ini pun cuba dipolitikkan..

Jelas Semalam isu ini seperti di rancang, Yg Bangkitkan Wee Ka Siong, yang Sokong PAS.. dan yang buat buat tanya kaitkan bayaran penginapan Hotel oleh NAFAS itu Noh Omar sendiri.. walhal dia Sokong cadangan Johari Abdul sesi parlimen yg lepas.. PAS pula cuba kaitkan dengan Pengurusan NAFAS yang ada kaitan dengan pemimpin Amanah..

Bagi aku ini game plan, dan Strategi yg baik kelompok Ashabiyah Cina dan Melayu.. MCA mainkan peranan dia hasut masyarakat Cina, Dan PAS dah tentu punyai rekod sebagai penghasut sejak zaman Amanat haji Hadi..

Entah Kenapa PAS saja buat buat tahu beza antara GLC dan Agensi Kerajaan.. dulupun Pengurusan Agensi ini tetap datang dari ahli Politik UMNO.. Sama lah mcm Husam yang jadi Pengerusi KADA Sekarang, PAS pun tahu, sapa Pengerusi KADA sebelum ini..rakan tawwun PAS jugak sekarang MD Alwi.. Tapi itulah PAS saja buat buat Jahil.. lebih jahat dari UMNO..

Ipohmali

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...