Sunday, December 29, 2019

BAWANG OH BAWANG.. APA PUNCA SEBENARNYA?

BAWANG OH BAWANG

Posting sedikit panjang

1. Dua tiga menjak ni, bawang merah naik harga dengan mendadak. Harga satu kilo bawang merah sekarang ialah RM10-RM15 berbanding RM5-RM8 sebelum ini. Yang paling terkesan ialah peniaga PKS yang jual dan pack bawang goreng, surely la merungut dan marah sebab harga naik hampir 100 kali ganda. Belum kira lagi peniaga restoran dan lain-lain yang berkaitan.

2. Pihak pembangkang pun apa lagi, dok meratib siang malam pasal isu harga bawang merah naik. Habis Menteri KPDNHEP kena sembur bersekali dengan Menteri MOA. Menteri MITI pun turut kena troll sebab melibatkan import barangan dari luar negara.

3. Pada saya, elok lah bagi pembangkang meratib. Bagi la diaorg bising dan troll Kerajaan. Sekurangnya mereka buat kerja mereka. Masa PH jadi pembangkang dulu pun, PH meratib benda sama kalau barang naik harga, kan?


4. Cuma setakat ni belum ada lagi Menteri PH yang cakap, kalau ayam mahal, makan la ikan! Kalau harga sayur lain naik, tanam kangkong belakang rumah. Kalau makanan mahal, masak dan tapau nasi goreng. Korang ingat lagi kan? Hehe… 🤣😂😂😂 Minta simpang Menteri PH cakap macam tu.

5. Yang rakyat nak dengar bukan alasan dan ejekan Pak Menteri, tapi nak tahu punca kenaikan dan jalan penyelesaian yang Kerajaan nak buat bagi membantu rakyat. Jadi kerajaan PH seharusnya belajar daripada kesilapan Kerajaan terdahulu. Baru la berbaloi Rakyat undi #malaysiabaru.

Punca Kenaikan

6. Disebabkan musim tengkujuh, bekalan bawang merah di India merudum jatuh. Antara yang paling teruk dalam sejarah. Pada bulan Oktober tahun ini, Kerajaan India telah melarang eksport bawang merah ke luar negara. Ini bagi memastikan bekalan bawang merah dalam negara mencukupi. Sebab bekalan kurang juga harga bawang merah meningkat 45% hingga mencapai Rs80 per kilo berbanding Rs45-Rs50 sebelum ini. Saya baca sekarang pencuri di India tak curi duit dah, diaorg curi bawang sbb lagi untung untuk dijual 🤣🤣🤣

7. Disebabkan Malaysia mengimport bawang merah kebanyakannya dari India, memang Malaysia terkesan la dengan kekurangan bekalan dan kenaikan harga ni. Terutamanya kita bukanlah negara penanam bawang tegar. Kita dok bergantung kepada India dan China untuk dapatkan bekalan kita.

8. Saya sertakan beberapa keratan media luar negara berkaitan kenaikan harga barang terutamanya krisis yang berlaku di india untuk rujukan tuan2. Boleh baca dan betulkan fakta di atas kalau ada yang terkhilaf.

https://www.indiatoday.in/business/story/looming-onion-crisis-leaves-indians-in-tears-govt-in-jitters-1623291-2019-11-28

https://www.nytimes.com/2019/10/01/world/asia/india-modi-onion-prices.html

https://www.bloomberg.com/news/articles/2019-12-19/the-great-onion-crisis-of-2019-may-be-coming-to-an-end

Apa yang Kerajaan buat?

9. Lazimnya, bila bekalan kurang, harga akan naik sebab permintaan juga meningkat. Bila jadi krisis sebegini, ada juga peniaga yang mangkuk dan ambil kesempatan menaikkan harga secara melampau dan menyorok barang.

10. Kerajaan melalui KPDNHEP ada dua Akta yang power rangers untuk menghalang “kemangkukkan” peniaga sebegini, iaitu Akta Kawalan Bekalan 1946 dan Akta Kawalan Harga dan Anti-Pencatutan 2011. Dua Akta ini membolehkan Pegawai Penguatkuasa KPDNHEP jatuhkan denda/ kompaun atau heret peniaga ini ke Mahkamah.

11. “Catut” ni jangan confuse dengan “catu” yer tuan2. Itu biasanya bila bekalan air tak cukup. Air kita kena catu. Macam saya, catu ni berlaku bila hujung bulan, gaji tak masuk lagi. Makanya makan kat luar pun dicatu.

12. “Catut” ialah tindakan peniaga yang menaikkan harga secara tak munasabah. Contohnya, kalau dapat harga borong bawang merah dari India RM8. Ko pergi naikkan harga sampai jadi RM16 tu kira melampau la kalau tanpa alasan yang betul. Jadi Abang dan Kakak Penguatkuasa KPDNHEP kita boleh tanya dan check kenapa harga naik sedemikian rupa. Kalau peniaga tak boleh defend atau harga memang tak munasabah, nah… pergi la ko ke mahkamah sana dan boleh kena denda sampai RM100,000 atau 3 tahun penjara.

13. Selain penguatkusaan Akta, Kerajaan juga boleh mencari source lain untuk dapatkan bekalan bawang merah. Bukan hanya bergantung kepada India. Penting untuk naikkan jumlah bekalan agar ia boleh menurunkan harga. Maka, MOA sedang giat berunding dengan China dan negara pengeksport lain untuk tingkatkan bekalan agar kita tak sepenuhnya bergantung kepada India.

14. MITI juga melalui perjanjian perdagangan bebas dengan India dan China akan memperhalusi peruntukan akses pasaran bagi tujuan penurunan cukai import barangan seperti bawang ni. Jadi ini sedikit sebanyak boleh membantu menurunkan harga.

15. Satu lagi, Kerajaan melalui MOA juga sekarang tengah giat mempromosikan smart agro. Menggalakkan Rakyat menceburi aktiviti perniagaan melalui pertanian berteknologi tinggi. Terutamanya yang melibatkan makanan asas yang Malaysia perlukan pertanaman kendiri macam bawang merah ni.

16. Menurut pakar, tempoh masa yang dijangkakan untuk harga dan bekalan bawang dunia stabil adalah pertengahan bulan Januari. Namun dengan tindakan giat Kerajaan, kita harapkan perkara ni dapat pulih lebih awal lagi daripada itu.

Apa yang Rakyat boleh bantu?

17. Memang kerja Kerajaan untuk stabilkan harga melalui semua tindakan di atas. Tapi harga boleh jugak naik bukan sahaja sebab faktor luaran seperti kekurangan bekalan di India. Tapi boleh jugak naik sebab ada di kalangan peniaga kita ambil kesempatan.

18. Rakyat mcm kita ni daripada membawang pasal bawang, apa kata kita pun turut sama bantu untuk selesai dan meringankan isu. Paling penting yang Kerajaan perlukan, ialah maklumat dari tuan2. Kalau ada tuan nampak atau saksikan peniaga naik harga melampau daripada yang sepatutnya, cepat2 la lapor ke KPDNHEP. Lagi satu yang saya paling pantang ialah peniaga tak pamerkan tanda atau papan harga. Tu pun satu kesalahan di bawah Akta dan perlu dilaporkan.

19. Nak tahu harga pasaran bawang merah atau barangan lain boleh check kat pautan KPDNHEP berikut:

Laman web: http://pricecatcher.1pengguna.com/pricecatcher/index.php
Apple Appstore: https://itunes.apple.com/my/app/price-catcher/id1249619299?mt=8
Google Playstore: https://play.google.com/store/apps/details?id=com.opensoft.paparanhargaandroidv2

20. Lagi satu, mak saya selalu pesan “in every crisis, there is opportunity”. Disebabkan memang bawang merah ni sangat didambakan dalam masakan bukan sahaja di Malaysia tapi di kebanyakan negara, Rakyat kita yang berminat dalam perniagaan melalui pertanian patut ambil kesempatan ini tanam bawang merah secara komersial. Bukan sahaja untuk pasaran domestik tapi untuk tembus pasaran eksport dunia. Saya percaya banyak geran daripada MOA yang boleh digunakan pakai untuk tujuan itu.

21. Mana tahu satu hari Malaysia boleh jadi negara pengeksport bawang merah paling tinggi macam Netherlands sekarang. Cita-cita memang besar but all great success starts with a dream, no?

22. Ok, mari kita doakan usaha-usaha Kerajaan untuk menyekat kenaikan harga barangan ni berhasil untuk Rakyat. Sementara menunggu harga stabil, macam saya, saya tukar bawang merah ke bawang besar. Takpun tak tumis pun masakan pakai bawang. Lebih jimat dan sihat.

Salam hari Ahad,
Liyana Marzuki

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...