Saturday, December 28, 2019

MUBAHALAH HANYA DALAM PERKARA AQIDAH, BUKAN JENAYAH,,,

MUBAHALAH HANYA DALAM PERKARA AQIDAH, BUKAN JENAYAH,,,

Bila Mufti Wilayah kata " Mubahalah" Tidak ada kaitan dengan Sumpah dalam kes jenayah , pakat marah kepada Mufti Wilayah, Kebanyakan orang Agama.. ada yang tuduh dia alat DAP.. ada yang tuduh kelompok Wahhabi yang menyerupai Ahli Sunnah Wal Jamaah.. Punya teruk akhlak depa ni..

Mula mula aku malas melayan isu Mubahalah ni..Pada aku aku cuma anggap ia sebagai Jenaka Ustaz debab penjual koko dan Najib... Bila pegawai Agama KDN sendiri jahil dalam soal Mubahalah dan memperkecilkan Mufti Wilayah, Jadi aku cuba jawab disini..

Hakikatnya Memang Sumpah Mubahalah tidak ada kaitan dengan kes Jinayah..Malangnya Mereka boleh percayakan Ustaz yang jual Koko yang memperdagangkan Agama.. dan Zamihan yang jelas tidak punya akhlak dari Mufti Wilayah yg lebih berilmu dan berakhlak.... yang patut meletak jawatan itu bukan Mufti Wilayah..tetapi Zamihan..

Tanpa rasa malu,Ustaz Penjual Koko ini menafsirkan sejarah rombongan Najran dalam kes Jenayah di dalam Masjid Kg Baru dan mengaitkan dengan Sumpah laknat Najib..ini satu kesesatan yg dilakukan di dalam Masjid..,

walhal , Siapa yag membaca Tafsir Ibnu Katsir.. Jelas "Mubahalah" itu berkaitan Aqidah.. bukan Jinayah.. baca kitab mana pun, Dalam membahaskan Fiqh Jinayah, tak pernah ada istilah Sumpah Mubahalah..

2- BEZA SUMPAH DAN MUBAHALAH

Ummat Islam kena membezakan, antara Sumpah dan Mubahalah.. begitu juga Bai'ah.. Lafaz Sumpah(Bai'ah) itu wujud, tetapi tidak wujud Bai'ah talaq 3.. ia hanya rekaan pendeta Politik Islam.. soal Bai'ah Talaq 3 itu perkara yang direka dalam Agama...

Begitu juga Mubahalah.. Lafaz sumpah itu wujud dalam keterangan dan pembuktian.. tetapi ia berbeza dengan Sumpah Mubahalah biarpun ada pandangan Ulama' yg membenarkannya.., Itupun bukan melibatkan isu Jenayah, tetapi Aqidah..

Kata mubahalah ( المباهلة)berakar kata dari kata perkataan al-Bahl (البَهْل) yang artinya laknat. Sifat Laknat Mubahalah..Ulama memmberikan Tafsiran Mubahalah..

البَهْل: اللعن، وبَهَله الله بَهْلاً أي: لعنه، وباهل القوم بعضهم بعضاً وتباهلوا وابتهلوا: تلاعنوا، والمباهلة: الملاعنة

Al-Bahl artinya laknat. Kalimat ‘وبَهَله الله بَهْلاً’ artinya Allah melaknatnya. Kalimat ‘وباهل القوم بعضهم بعضاً’ ertinya saling melaknat satu sama lain. Al-Mubahalah bererti Mula’anah الملاعنة (saling melaknat).

(Lisan al-Arab )

3- SEJARAH MUBAHALAH DAN ROMBONGAN NASRANI

Di dalam Tafsir Ibnu Katsir.. Sejarah Mubahalah itu berlaku, Bila datang Rombongan kelompok Nasrani dari Najran, Mereka adalah Al-Aqib yang dikenal dengan nama Abdul Masih dan As-Sayyid ( Al-Aiham)..Kedua mereka adalah Tokoh agama Nasrani..

Mereka datang semata mata untuk mahu mencabar KeNabian Muhammad (ﷺ).. Mereka datang ketika Nabi dan Sahabat sedang mahu menunaikan Solat Asar..., Mereka cuba mempertahankan hujjah yang Isa itu Anak Tuhan..Lalu berlaku lah Dialog sebagaimana diriwayatkan Ibnu Ishak dalam Tafsir Ibnu Katsir...

Ketika mereka sampai di Madinah, Nabi (ﷺ) sedang melaksanakan salat asar., Mereka kemudian masuk masjid dan salat dengan menghadap ke timur...As-Sayid dan Aqib mereka berdiri di hadapan Nabi (ﷺ) lalu memulakan bicara..

Maka berlaku lah dialog antara mereka.. Berkata Nabi kepada keduanya.." Nabi (ﷺ) bersabda :

.. قال إنكما لم تسلما فأسلما ...

"Kamu belum masuk Islam, maka masuk Islamlah..."

قالا بلى قد اسلمنا قبلك...

Keduanya menjawab, " Tidak, kami telah Islam..." Kami telah masuk islam sebelum kamu.” Jawab mereka...

Lalu Nabi katakan kepada Mereka..

قال كذبتما يمنعكما من الإسلام ادعاؤكما لله ولدا وعبادتكما الصليب وأكلكما الخنزير..

"Kamu berdua dusta, kamu bukan orang Islam kerana pengakuanmu bahwa Allah beranak, menyembah salib, dan kamu makan daging Khinzir..."

lalu keduanya Bertanya lagi...
قالا فمن أبوه يا محمد..
, "Siapakah bapanya(Isa Alaihissalam) , wahai Muhammad ? "

فصمت رسول الله صلى الله عليه وسلم عنهما ..

Rasulullah (ﷺ) diam, tidak menjawab keduanya...

فلم يجبهما فأنزل الله في ذلك من قولهم وإختلاف أمرهم صدر سورة آل عمران إلى بضع وثمانين آية منها

." Maka Allah menurunkan dari peristiwa tersebut penjelasan mengenai perkataan mereka dan perselisihan yang terjadi di antara mereka, iaitu pada permulaan surah Al Imran sampai dengan lapan puluh ayat lebih darinya..."

(Tafsir Ibnu Katsir)

4- JAWAPAN ALLAH TENTANG KEJADIAN ISA AL-MASIH

Dalam surah Al Imran ayat ke 59, itu adalah jawapan Allah dari hujjah pemuka Nasrani.. Bila Mereka mengatakan Siapa bapa kepada Isa Al masih jika bukan Allah.. Itu sebabnya ayat berkenaan Mubahalah dimulakan dengan jawapan dari Allah tentang penciptaan Nabi Isa itu seperti Adam Sebagaimana Firman Allah..

إِنَّ مَثَلَ عِيسَى عِنْدَ اللَّهِ كَمَثَلِ آدَمَ خَلَقَهُ مِنْ تُرَابٍ ثُمَّ قَالَ لَهُ كُنْ فَيَكُونُ (59)

Sesungguhnya misal (penciptaan) Isa di sisi Allah adalah seperti (penciptaan) Adam. Allah menciptakan Adam dari tanah, kemudian Allah berfirman kepadanya, "Jadilah" (seorang manusia), maka jadilah dia..

5- TEGAKKAN HUJAH DAN BUKTI BARU BERMUBAHALAH

Dalam perara Aqidah pun, Terlebih dulu kita perlu menegakkan Hujjah dan Bukti, apa lagi soal jenayah..Selepas Berhujjah dengan Nabi itulah membuatkan pemuka Nasrani itu terdiam, Lalu dicabar Nabi untuk bermubahalah...

dalam ayat ke 61..jelas Allah berfirman.. Setelah datang Hujjah/keterangan" مَا جَاءَكَ مِنَ الْعِلْمِ " ( Ilmu) kepada mereka.. lalu mereka berdegil.. lalu Allah memerintahkan Nabi menyambut seruan Pemuka Nasrani itu bermubahalah bagi membuktikan kebenaran..

فَمَنْ حَاجَّكَ فِيهِ مِنْ بَعْدِ مَا جَاءَكَ مِنَ الْعِلْمِ...

Siapa yang membantahmu tentang kisah Isa sesudah datang ilmu/bukti (yang meyakinkan kamu)...

Jelas dari ayat diatas, Nabi terlebih dulu berhujjah dengan mereka..menyampaikan Bukti yang ISA itu bukan anak Tuhan.. walhal mereka telah dapat dan mengetahui Kebenaran, mereka sengaja mencabar dan memperolok olokkan Nabi.. setelah itu baru lah Allah perintahkan Nabi bermubahalah...

فَقُلْ تَعَالَوْا نَدْعُ أَبْنَاءَنَا وَأَبْنَاءَكُمْ وَنِسَاءَنَا وَنِسَاءَكُمْ وَأَنفُسَنَا وأَنفُسَكُمْ ثُمَّ نَبْتَهِلْ فَنَجْعَل لَّعْنَةَ اللَّهِ عَلَى الْكَاذِبِينَ. (61)

“Marilah kita memanggil anak-anak kami dan anak-anak kamu, isteri-isteri kami dan isteri-isteri kamu, diri kami dan diri kamu; kemudian marilah kita bermubahalah kepada Allah dan kita minta supaya laknat Allah ditimpakan kepada orang-orang yang dusta.."

Dan Akhirnya 2 pemuka tidak jadi bermubahalah Nabi (ﷺ) , namun apakah Nabi terus melaknat mereka ? Tidak.. Perintah Allah itu hanya bagi mempertahankan Kebenaran bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah dan Isa Alaihisalam bukannya anak Allah.... kejadian Isa sama seperti kejadian Adam Alahissalam..

tindakan 2 pemuka Nasrani itu menarik diri dari bermubahalah kerana mereka yakin akan kerasulan Nabi,mereka takut akan laknat Allah, Sebagaimana riwayat Ibnu Abbas kepada pemuka Nasrani itu,,

berkata Ibnu Abbas kepada 2 orang Nasrani itu,,,

وَلَوْ خَرَجَ الَّذِينَ يُبَاهِلُونَ رَسُولَ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- لَرَجَعُوا لاَ يَجِدُونَ مَالاً وَلاَ أَهْلاً

Andai ada orang yang berani bermubahalah dengan Rasulullah (ﷺ), tentu mereka semua akan pulang, dan semua harta dan keluarganya akan hilang habis.

( Hadis Riwayat Ahmad 2264).

6- MUBAHALAH DALAM PERKARA AQIDAH BUKAN JENAYAH..

Banyak dari kes tuduhan Zina yang berlaku sejak zaman Nabi Muhammad, hatta zaman Nabi Yusuf,, tidak wujud cara pembuktian melalui jalan sumpah Mubahalah.. tidak ada, kalau mungkin ada hanya melibatkan sumpah Saiful Bukhari dan Najib Razak..

.Kalau ada pun dalam perundangan Syariah.. Ia melibatkan sumpah Li'an, Itupun dalam hal penafian Nasab dan keturunan anak.. tuduhan Zina si suami kepada isteri dalam keadaan sukar membuktikan tuduhan bagi mengelakkan hukuman Qazaf..namun bagi aku , hari ini.. Pembuktian Nasab dan keturunan itu boleh dibuat melalui ujian DNA...

Malah walaupun wujud kenyataan Mubahalah dalam Fathul Bari ia hanya tuduhan melibatkan isu Aqidah..bagi membuktikan kebenaran dan kesesatan itu..ia pernah berlaku melibatkan Mirza Ghulam Ahmad.. itupun bagi aku, ia bukan lah seperti Mubahalah Najib razak dan Saifuk Bukhari ...dan jelas cara Mubahalah itu mesti melibatkan 2 Pihak.. sebagaimana Tafsiran ‘وباهل القوم بعضهم بعضاً’ ertinya saling melaknat satu sama lain

Jadi ayat ke 61 Surah Al Imran tidak berdiri dengan sendirinya..Ia rentetan persoalan Nabi dan kelompok Nasrani Sol Aqidah, Kenabian Isa dan Maryam.. dalam konteks Sumpah Mubahalah ini, ia hanya rekaan pendeta pendeta Islam.. Bukan dari ajaran Nabi,

Mubahalah yang disebutkan di dalam Quran jelas hanya ditujukan kepada Nabi dalam mendepani cabaran pemuka Nasrani bagi membuktian Kenabian, kerana Soal Kenabian,Ketuhanan itu sukar dibuktikan....Mubahalah bukan satu syariat yang dituntut keatas orang Islam...

Memang benar, Perkara berkaitan Aqidah ini antara perkara yg sukar dibuktikan... sebab apa ? Sebagaimana kata kata yang masyhur dikalangan Ulama Fiqh....

نحكم بالظاهر والله يتولى السرائر..

“ kita hanya berhukum dengan apa yang zahir, dan Allah yang meliputi segala yang terlindung ( Rahsia )...”

Jauhilah Penjual Agama, Terutama dari Penjual Koko..

Tazkirah petang Jumaat

27 Disember 2019

Ipohmali

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...