Wednesday, December 11, 2019

Sorry. Mana ada liwat...Tapi gangguan seksual.


Baru terjaga dari lena mimpi bab kecoh LIWAT 3.0 pula..😀

Sorry. Mana ada liwat. Tapi gangguan seksual. Mangsa tak dakwa diliwat tapi cuma disentuh kemaluan dan diminta berbuat seks luar tabii. Selain diberikan ugutan.

Secara amnya, kes ini susah untuk dibuktikan. Sebab tak mungkin perlakuan itu dilakukan di hadapan orang ramai. Jadi, apabila sukar dibuktikan, kenapa masih dibuat tuduhan?

Jelas, tuduhan ini bukan untuk mensabitkan DS Anwar hingga masuk ke penjara seperti dahulu. Tapi cukup setakat membina persepsi negatif terhadap DS Anwar.


Sebagaimana sukar untuk dibuktikan, begitu juga ia sukar untuk dinafikan. Jadi setidaknya, ia boleh menimbulkan keraguan dalam pemikiran sebahagian besar rakyat.

Manakala rakyat yang memang sedia ada keraguan, akan terus meyakini perkara ini benar. Harus faham, sekarang DS Anwar berada dalam kerajaan. Dikatakan bakal PM. Sudah tentu akan ada suara jahat kata DS Anwar kawal polis dan mahkamah sekiranya beliau didapati tidak bersalah.

Dan itulah yang diperlukan. Ingat, matlamatnya adalah membina persepsi negatif terhadap DS Anwar. Supaya sebahagian rakyat dan ahli Keadilan yakin yang DS Anwar bukan pemimpin yang baik.

Ada yang tanya, kerja Tun M ke? Sejujurnya, aku tak tahu. Haniff Katri memang ada yang kata peguam Tun M. Tapi kena ingat, dia memang suka ambil kes pelik. Termasuk tegakkan hak perokok hendak merokok di kedai makan.

Mungkin bukan Tun M. Mungkin 'orang dalam' Keadilan yang mahu tamatkan riwayat DS Anwar sebagai presiden, supaya mudah untuknya melangkau.

Aku tidak tahu siapa di sebalik rancangan jahat ini. Tapi yang aku tahu, tuduhan ini bukan untuk masukkan DS Anwar ke dalam penjara. Ia hanya untuk menjatuhkan kredibilit DS Anwar. Itu sahaja.

Yang pasti ANWAR depa dah cuba nak bagi nampak hodoh..

Tuan Guru Mat Alishah

1 comment:

  1. Macam mane najib Dan mat selan nak Suruh rakyat terima gst tu bagus utk rakyat (negara la kononnya). Masuk TV, internet hari2. Lame2 rakyat mcm oercaya la. Mcm tu jugak benda ni. Walaupun tak hari2. Bila Dah selalu, jadi org Yg tak percaya mula berbelah bagi. Politik ni kotor Kata imam surau Aku... Bila Ko masuk dunia politik, kena terima la.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...