Sunday, October 13, 2019

RAKYAT MALANG BILA KALI INI DAPAT PEMBANGKANG PEMALAS

Kita dulu lama jadi Pembangkang. Pembangkang terbaik dan bermutu yang pernah wujud di negara ini adalah ketika ianya dipimpin oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Setiap kali kerajaan waktu itu membentangkan bajet atau belanjawan, sudah pasti Pembangkang juga telah bersedia dengan bajet alternatif mereka. Kita mampu menyediakan bajet alternatif adalah kerana kita selaku Pembangkang ketika itu memiliki pemimpin yang hebat dan berpengalaman seperti Anwar Ibrahim serta ramai pimpinan yang berkualiti seperti Rafizi Ramli, Tony Phua, Nurul Izzah dan ramai lagi termasuk tokoh-tokoh profesional di luar parti yang pro kepada kita bersedia untuk memerah otak masing-masing bagi menyaingi bajet pemerintah Umno/Bn waktu itu. Kita memiliki kualiti kepimpinan di semua peringkat.


Setelah kita berjaya menjatuhkan rejim kleptokrasi pada 09 Mei 2018 yang lalu, maka pembangkang juga turut bertukar. Umno/Bn telah bertukar menjadi Pembangkang, diikuti dengan parti lebai iaitu Pas. Apakah mereka memiliki kualiti seperti kita diwaktu Pembangkang dulu?

Kerajaan PH telah masuk kali kedua membentang Bajet di Parlimen. Pernah anda lihat bajet alternatif dari Pembangkang sekarang? Mengapa tiada, sedangkan Umno/Bn berpuluh tahun berpengalaman menyediakan bajet? Lebai tidak perlu diharapkan, mereka nak urus akaun tabung memali dan kewangan harakah pun gagal. Titik perpuluhan di antara ribu dan juta pun mereka selalu silap. Mereka hanya mahir mengira buah tasbih.

Sepatutnya Pembangkang juga turut menyediakan bajet alternatif. Rakyat boleh bandingkan nanti dan rakyat juga turut yakin bahawa Pembangkang juga berkebolehan. Malangnya, pembangkang sekarang pemalas. Mereka hanya tahu menyalak di dalam parlimen. Cari salah sikit di sana sini, kemudian kaitkan dengan isu perkauman dan agama.

Terbukti di dalam bajet yang dibentangkan semalam. Pembangkang masih kata tiada apa yang baru dan lebih baik di dalam bajet tersebut, sedangkan bajet alternatif mereka langsung tiada. Penyokong-penyokong mereka terutamanya para walaun, sewaktu bajet dibentangkan mereka melepak di warung teh main dam ular. Yang tua-tua saja menonton bajet, itu pun menunggu "part' menteri sebut BSH (Bantuan Sara Hudup) kot-kot dinaikkan lagi. Walaun pencen pula tidak henti-henti berdoa agar pencen dinaikkan walaupun tidak bekerja. Selesai bajet dibentangkan, para macai dan walaun ini sibuk edit sana sini untuk kelirukan orang ramai yang bodoh. Maka grup-grup whatsapp penuh dengan fitnah yang mereka cipta. Direka kononnya kerajaan PH beri peruntukan kepada kaum.Cina lebih banyak dari kaum Melayu. Diubahnya kandungan bajet kemudian diwar-warkan.

Itulah kualiti mereka. Mereka bukan sahaja bodoh tetapi pemalas. Apakah rakyat mahu angkat parti seperti ini mahu jadi kerajaan? Na'uzubillah.

WFAUZDIN NS

3 comments:

  1. Bukan Setakat bodoh bangang Dan pemalas. Malah tak Tau bersyukur, tak Tau berterima kasih, tak Tau cukup, tak Tau diri, tak Tau adab Dan segala Yg tak Tau lagi, mcm bos besar la, tu tak Tau, ni tak Tau, Yg tau Cuma gasak duit sesat masuk akaun peribadi dia aje. Dan juga tau diri tu tak hensem. 😁😁😁😁😁😆....

    ReplyDelete
  2. Bahaya betul fitnah ini. Teringat pulak ceramah ustaz ttg akhir zaman fitnah akan cepat bergerak. Ini lah buktinya. Zaman ini lah...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...