Friday, January 24, 2020

Buah Tangan Mujahid selepas pulang bermesyuarat dengan menteri haji & umrah Arab Saudi buat jamaah haji Malaysia


Dedah Fakta mengikuti dengan rapat, apa buah tangan di bawa pulang Menteri Agama, Datuk Seri Mujahid Yusuf sekembalinya beliau menghadiri Mesyuarat Tahunan Haji 2020 bersama Dr. Mohamad Saleh Taher Bentan, Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi.

Selepas mengikuti sidang media beliau, DF melihat beberapa penambahan dan keistimewaan diberikan Kerajaan Saudi kepada jamaah Haji Malaysia untuk musim Haji Tahun 1441H.

Pertamanya, Alhamdulillah Malaysia diberi kenaikan kuota haji dari jumlah 30,200 orang tahun 2019, kepada 31,600 orang tahun 2020. Pertambahan ini melibatkan angka sebanyak 1400 orang.

DF melihat kenaikan kuota ini berita baik ditunggu seluruh rakyat Malaysia, terutamanya mereka yang sedang menunggu giliran haji, dengan adanya pertambahan kuota ini, tempoh menunggu giliran haji pada masa akan datang dapat dikurangkan.


Kedua, kerajaan Arab Saudi bersetuju meneruskan perkhidmatan pra-pelepasan imigresen jamaah Haji Malaysia, untuk Musim Haji 1441H sebagaimana telah berjalan tahun lalu.

Pra-pelepasan Imigresen di KLIA bertujuan memudahkan proses pelepasan imigresen, dan keselamatan jamaah Haji Malaysia sebelum berlepas ke Arab Saudi, semua proses terlibat diadakan di KLIA.

Proses ini banyak membantu, terutama jamaah Haji yang uzur dan tua, mengelakkan mereka menunggu masa yang panjang semasa proses Imigresen di Lapangan Terbang di Jeddah dan Madinah.

Apa lebih menarik, Kementerian Haji & Umrah Arab Saudi pada musim Haji kali ini, memberikan keistimewaan tambahan kepada jemaah Haji Malaysia, pelepasan khas melalui EYAB di terminal khas, Lapangan Terbang Jeddah dan Madinah, semasa proses mereka kembali ke Malaysia, satu lagi kemudahan bertujuan mempercepatkan dan mempermudahkan urusan imigresen bagi para jamaah.

Perjalanan pergi (melalui pra- pelepasan di KLIA) dan balik (melalui EYAB) memberikan kemudahan serta keselesaan kepada jamaah.

Selain itu, bayaran SR2,000 sebelum ini dikenakan bagi jamaah Haji kali kedua, telah dimansuhkan bayaran tersebut oleh pihak berkuasa Arab Saudi.

Namun, bermula musim haji 1441H, jamaah haji seluruh dunia akan dikenakan bayaran SR300 bagi setiap visa dikeluarkan pihak berkuasa Arab Saudi.

Terima kasih Mujahid, terima kasih Kerajaan Arab Saudi, atas usaha dan perbincangan positif memberikan manfaat kepada umat Islam di Malaysia.

Kepada Datuk Seri Mujahid Yusuf, anda pemimpin kami hormati dengan ketegasan dan prinsip, perundingan bersama Kerajaan Saudi menatijahkan hasil yang menggembirakan rakyat Malaysia.

Sebelum ini, kita juga mendapat perkhabaran berita yang menggembirakan buat waris dan mangsa jamaah yang terlibat dengan insiden kren di Makkah 4 tahun lalu.

Hasil perbincangan Mujahid yang mewakili Kerajaan Malaysia dan pihak Arab Saudi, akhirnya membuahkan hasil yang baik, Kerajaan Saudi berbesar hati atas kejadian menimpa mangsa, bersetuju menyumbang SR1 juta kepada waris 7 orang mangsa yang meninggal dunia, dan SR500 ribu kepada 3 orang mangsa yang tercedera.

DF melihat banyak beliau lakukan, usaha berterusan untuk memastikan Islam dan Institusi Islam di Malaysia terus terjaga dan terbela.

Tiada sebab untuk kita tidak membantu memberi sokongan atas usaha beliau yang baik, sebagaimana kita disarankan :

 وَتَعَاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوَىٰ ۖ وَلَا تَعَاوَنُوا عَلَى الْإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۖ إِنَّ اللَّهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ

Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) perkara kebajikan dan taqwa, dan jangan tolong-menolong dalam perkara dosa dan pelanggaran. Dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat berat siksa-Nya [Al-Maidah:5]

Ayat ini menekankan kita, Islam menganjur kita membantu saudara kita dalam melakukan perkara kebaikan, membantu ini bukan hanya setakat kita menghulurkan tangan, memberi bantuan tenaga, kewangan atau buah fikiran, malah menyokong saudara kita melakukan kebaikan, sebahagian dari maksud tolong-menolong itu sendiri.

Orang tua-tua dahulu ada menyebut :

Adat hidup tolong-menolong, syariat palu-memalu...

Dari : dedahfakta

1 comment:

  1. Biar la Yg betul2 menunggu giliran diberi peluang. Yg Belum pernah pergi tU yg patut dpt. Jgn kerana politik. Org Yg ade kepentingan dpt plak turn tanpa menunggu. Kalau kerajaan nak sponsor pun, Elok buat umrah aje. Nak sponsor jugak. Bagi Yg tgh tunggu turn tU yg dihantar. Abg ipar Aku yg Dah pencen. 2030 baru dpt giliran Dia. Tu Yg Dia cakap Kat Aku la. TaK Tau sempat ke tak.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...