Monday, January 13, 2020

Hallo Ustaz.. Nak kondem orang memang syok tapi hang tau dak penduduk situ lama mana pipe ayaq tak ada?


Hallo Ustaz.. Kita nie jika jadi orang alim akai pon bagilah ceredik sikit.. Nak kondem nak perli sekali sekala tengok sejarah sama apa yg berlaku di kampung hg nak kondem tuu...

Penduduk situ bertahun tunggu ayaq pipe masuk zaman BN memerintah tapi haram tak dapat pon.. Mai zaman PH selama 2 tahun berusaha akhirnya penduduk disitu menikmati kemudahan ayaq pipe tersebut..

Hang mai dengan muka tak tau dosa dok perli apa usaha kerajaan PH lakukan utk rakyat.. Tak suka tak sokong tapi akai tu bagilah ceredik sikit...

Tengok apa netizen situ komen status hang...



Cerita sebenar 

TIGA BUAH KAMPUNG DI SINGKIR DAPAT BEKALAN AIR BERSIH.

AHAD (12.1.2020 )

YAN - Sebanyak tiga buah kampung di sekitar Mukim Singkir iaitu Kampung Singkir Laut, Kampung Singkir Darat dan Kampung Singkir Paya dalam daerah Yan mendapat bekalan air bersih melalui Projek Bekalan Air Luar Bandar (BALB) Sistem Paip Altenatif 2019.

Projek Bekalan air tersebut yang bermula pada bulan Ogos 2019 kini telah siap pembinaannya dan dapat digunakan oleh penduduk kampung berkenaan pada bulan November yang lalu.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Luar Bandar, Agama dan Syarikat Berkaitan Kerajaan Negeri (GLC), Dato’ Dr. Ismail Salleh, sebanyak 1.5 juta telah diperuntukkan bagi membina loji dan perpaipan ke rumah-rumah penduduk di tiga kampung berkenaan dan ianya melibatkan jarak sepanjang 23 kilometer.

“Bagi projek bekalan air ini, sebanyak 410 buah rumah terlibat di mana ketiga-tiga buah kampung berjalan serentak pembinaannya mulai 28 Ogos 2019 dan telah siap sepenuhnya pada 10 November 2019 yang lalu.

“Sebanyak RM500 ribu diperuntukkan bagi setiap kampung merangkumi skop bagi pembinaan kolam tadahan, kolam takungan serta jajaran paip sepanjang 23 kilometer dan akan memberi manfaat keperluan air kepada penduduk di sini.” Katanya

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Penyerahan Projek Bekalan Air Luar Bandar (BALB) Sistem Paip Altenatif 2019 di Pusat Kemoditi Daerah (PKD) Kampung Singkir Laut, Mukim Singkir,  dekat sini hari ini.

Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Guar Chempedak, Dato’ Wira Dr. Ku Abd Rahman Ku Ismail, Pengarah Pembangunan Luar Bandar (KPLB) Negeri Kedah/Perlis/Pulau Pinang, Hakmal Effendi Ishak dan Penyelaras Parlimen Jerai, Akhramsyah Ubaidah Tan Sri Sanusi.

Sementara itu Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Singkir Darat, Singkir Badong dan Singkir Genting, Ahmad Sauti Abu Seman ketika ditemui amat bersyukur kerana projek ini berjalan dengan baik serta mengambil masa singkat dan dapat digunakan dengan selamat.

“Alhamdulillah, saya amat berterima kasih pada pihak yang menyediakan projek ini dan kerana itu penduduk di sini dapat menerima dan menggunakan air yang bersih. Setakat ini tiada apa-apa masalah yang besar tentang penyaluran air ini.

“Sejak 10 tahun lalu masalah bekalan air pada musim kemarau bukan sesuatu yang asing bagi kami dengan kebiasaannya mencecah tiga hingga empat bulan. Tetapi kini kami dapat menikmati bekalan air yang cukup deras dalam keadaan ketiadaan hujan ketika ini,” katanya.

#RA
#AH
#WartaKedah
#Kedah
#KPLB
#BekalanAirLuarBandar(BALB)
#MPKK Singkir Laut



3 comments:

  1. Ustaz SU. Mana Dia peduli dosa pahala. Yg penting dpt sembur....

    ReplyDelete
  2. 1 hari allah tarik nikmat kemudahan dkt ko plak ustaz.. masa tu ingat la betapa kamjat nya kamu dulu

    ReplyDelete
  3. Tengok muka dia pun dh tahu dia dia mmg bodoh. Ustaz konon. Piirahhh.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...