Monday, January 27, 2020

Laporan Polis terhadap AMEX SEMADONG diatas status fb katakan menteri monyet!


LAPORAN POLIS

Satu laporan polis telah dibuat terhadap pemilik akaun Facebook AMEX SEMADONG di atas posting dalam Facebook beliau yg merujuk secara jelas kepada YB Dato Haji Mahfuz  (Timbalan Menteri Sumber Manusia) sebagai "MONYET".

Kenyataan jahat ini merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 211 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) dan juga kesalahan di bawah Seksyen 501 dan 505 Kanun Keseksaan yang jika disabitkan salah boleh dihukum penjara atau denda atau kedua-duanya sekali.

Satu laporan polis telah dibuat oleh Pemuda AMANAH Pokok Sena di Ibu Pejabat Polis Daerah Alor Setar pada hari Isnin 27/1/2020 jam 10.30 Pagi (hari ini).

Sekian, harap maklum.

Pemuda AMANAH Kawasan Pokok Sena

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...