Friday, February 21, 2020

Mai nak habaq sebab apa hotel TH untung sejuta pon kena pindah milik juga?


Jadi kenapa nak kena jual hotel kalau buat untung? tanya penyokong penyangak kleptokrasi. Jawapannya, sebab untung itu dah lesap dgn silap mata ketuanan korup & kena sapu semasa Umno Baru & BN memerintah!

Sdra Najib memuat naik screenshot di bawah. Katanya hotel2 Tabung Haji tidak pernah rugi. Kenapa mahu jual?

Si lebai baru dengar perkataan Creative Accounting dr silap mata si Najib, meraban copy & paste artikel untung dr sebuah antara hotel tersebut hanya nilai RM1j lebih dgn bersemi ayat Creative Accounting. 😁


Untuk jawapan penuh, kita kena ada akaun penuh, barulah boleh beri jawapan sepenuh-penuhnya. Tapi rumusan akaun ni sudah cukup untuk dapatkan sedikit gambaran silap mata yang berlaku.

Perhatikan nombor-nombor pada tahun 2017. Kemudian perhatikan perubahan yang berlaku pada tahun itu dan pada 2018.

1. RM 45 juta rizab ditukar menjadi modal syer (pegangan saham).

Ini bertujuan untuk menaikkan jumlah saham. Dividen dibayar untuk setiap unit saham (dividend per share). Lebih banyak saham, lebih banyak 'saluran' untuk bayar dividen, maka tak nampak 'obvious' sangat.

2. Liabiliti naik mencanak. Daripada RM 11 juta jadi RM111 juga. Kemungkinan besar sebuah pinjaman bank dibuat sebanyak RM100 juta semasa umno baru & bn memerintah.

3. Revenue tak naik, tapi profit (keuntungan) naik, 'kebetulan' lebih kurang RM100 juta jugak #eh.

Soalan: Bisnes apa yang boleh profit RM100 juta walaupun revenue hanya RM19 juta? Profit margin lebih daripada 500% tu!!! ðŸĪŊ

Jawapan: Bisnes Bosskurrr. Jho Low yang ajarkan 😂😝

Loyar buruk punya pasal, misteri masih belum terjawab kan? ðŸĪŠ

4. 'Profit before tax' dengan 'profit after tax' tak banyak beza. Nampaknya 'tax' (cukai) bayar sikit sahaja kerana keuntungan sebenar juga sedikit.

Ini bermaksud keuntungan yang RM100 juta itu adalah 'paper profit' semata-mata yakni ikut taksiran sendiri.

Biasanya ini adalah penilaian semula hartanah iaitu hotel, tanah dan bangunan lain ikut harga terkini di pasaran.

Contohnya: Hotel dahulu dibeli pada harga RM5 juta, sekarang dikatakan sudah naik harga menjadi RM9 juga. Contoh sahajalah.

5. Ok, untung dah ada RM100 juta, walaupun untung tulis sendiri atas kertas. Cash dah ada RM100 juta sebab dah pinjam bank. Maka boleh bayar dividen RM104 juta (sila lihat akaun). Woohoo!

6. Dividen dah dibayar daripada TH Hotel & Residence Sdn Bhd kepada Tabung Haji. Tabung Haji pun bayar hibah kepada pak haji dan mak hajah. Pengundi pun suka hati, kerajaan selesa sikit nak pilihanraya Mei 2018.

7. Tapi pinjaman RM100 juta tahun 2017 macam mana nak bayar? Interest payment tinggi tu kalau tak bayar!

8. Kalau kita tengok 2018, aset dah susut sebab kena gadai, nak bayar hutang. Bila current asset, non-current asset dah susut sebab kena jual bersih, current liabilities (hutang) pun turun (daripada RM111 juta kepada RM32 juta) sebab hutang dah bayar balik.

9. Tapi hutang masih banyak (RM11 juta 2016, RM32 juta 2018), bayaran faedah naik. Bangunan dah jual banyak, jadi pendapatan sewa dah kurang. Maka pada tahun 2018, THHR mencatatkan kerugian.

10. Pada hujung 2018, THHR ini banyak hutang, duit tiada, aset dah kena gadai. Bagaimana nak bayar dividen? Nak hidup pun tercungap-cungap!

Tuan-tuan dan puan-puan, itulah sebabnya kenapa hibah Tabung Haji rendah pada 2018 dan hotel-hotel di bawah THHR terpaksa dipulihkan menggunakan kaedah luar biasa.

Kerana #CreativeAccounting Azeez dan Bosskurrr telah menjahanamkan nilai harta-harta ini, untuk dibetulkan kembali, mereka perlu melalui beberapa proses yang melibatkan jaminan kerajaan, suntikan modal dan transformasi menyeluruh.

Silap mata Jho Low yang ajar lepas terbukti berkesan di #1MDB. Lesap RM42 bilion dengan jayanya.

Cara paling mudah untuk baiki situasi kewangan ialah dengan memindahkan aset-aset berprestasi rendah kepada sebuah SPV di bawah Kementerian Kewangan. Kerana Tabung Haji tidak cukup gagah untuk operasi ini, wang sudah habis.

SPV bernama Urusharta Jamaah Sdn. Bhd. milik penuh Kementerian Kewangan ini ditubuhkan. Menggunakan jaminan kerajaan, suntikan modal boleh dibuat, sukuk (pinjaman Islam) boleh dibuat, Tabung Haji pun boleh bayar hibah untuk 2018 walaupun sedikit.

Itulah ceritanya secara ringkas, jika di lihat kepada ringkasan akaun yang diberikan oleh sdra Najib Razak itu.

"Jadi kenapa nak kena jual hotel kalau buat untung?"
Tanyalah mamak Azeez & Najib apa yg dah mereka buat hingga menjadi beban kpd Tabung Haji.

Kredit: Khaira Ummah Supporters.

Note: GM ubah sedikit artikel tersebut, tetapi angka 1-10 original dari sisipan. Modus operandi sebenarnya mungkin sedikit berbeza. Namun rekod kewangan adalah jelas

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...