Fyrol Ikram Othman
Semalam ada beberapa rakan yang kongsi anak LGE kena tangkap di Singapura atas kesalahan membawa RM2J masuk secara tidak sah.
Untuk berlaku adil, saya buka link berita tersebut, ternyata tiada berita. Tiada nilai berita, hanya gambar. Tiada sumber pun dari berita rasmi Singapura.
Kesian saya lihat yang share.. Dimana kecerdikan mereka? Gagal untuk berfikir?
Sebagai maklum balas, saya kongsikan berita di wall sendiri yang berita tersebut palsu. KPN sendiri nafi.
Kemudian berita tersebut keluar pula dalam group wasap saya, group ni 90% adalah pegawai agama dari seluruh semenanjung.
Tapi yang mula-mula share ialah bekas Pegawai Polis sendiri, setelah saya kongsikan penafian KPN, dia diam.
Kemudian dalam group yang sama, ada yang share kononnya LGE lantik 30 anak muda cina sebagai pegawai khas di MOF dengan gred Jusa C dan gaji rm8k-15k.
Saya tegur, sebenarnya orang yang share ni ialah seorang pegawai agama negeri yang sering share benda tak betul.
Tapi dengan berani dia kata confirm. Walaupun dia tak tahu sumber yang sahih.
Kemudian keluar pula satu poster LGE kononnya LGE cakap yang itu duit anak dia, simpan sejak tadika dan jangan kacau anak dia. Logiknya ada ke ayat LGE macam tu? Sumber berita-link mana?
Benda asas sebegini gagal untuk diberikan.
Bila di tanya, hanya diberi group telegram raja petra...
La info dari situ.. Sebagai pegawai agama yang belajar hadith, tak tahu ke guna ilmu hadith untuk sah kan maklumat?
Tak boleh fikir ke ciri-ciri maklumat palsu seperti mana kita belajar ciri-ciri hadith palsu?
Tak belajar ke sumber sahih dengan sumber tipu,
Allah...
Kemudian ada pula dalam satu group FB, seorang lelaki yang terang-terang perlecehkan KPN dan sebut KPN penipu sebab nafikan anak LGE ditangkap.
Bila buka profile si Penulis ni, rupanya seorang pensyarah kanan dgn Dr(PhD) lagi.. Dari sebuah IPTA.
SubhanAllah... Bijak pandai macam ni pun terperangkap dengan fitnah...
No comments:
Post a Comment