Saturday, March 7, 2020

Hadi nie sama ada tak cerdik atau tiada prinsip - Patriot

Patriot sanggah Hadi: 'Sama ada tak cerdik atau tiada prinsip'

Malaysiakini
Persatuan Patriot Kebangsaan (Patriot), menyanggah kenyataan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang yang mengatakan usul undi tidak percaya terhadap perdana menteri umpama tidak menghormati Yang di-Pertuan Agong.

"Ini mendedahkan dua ciri beliau, sama ada dia kurang cerdik tentang sistem Westminster yang membina sistem raja berperlembagaan kita, atau dia tidak berprinsip dan cuba mengelirukan masyarakat luar bandar untuk mendapatkan sokongan politik," kata Presiden Patriot Mohamed Arshad Raji dalam satu kenyataan hari ini.

Mohamed Arshad juga berkata Hadi tidak layak menjadi timbalan perdana menteri "jika itu adalah apa yang dia idam-idamkan secara diam-diam".

"Patriot telah menyatakan sebelum ini bahawa perdana menteri baru dan gabungan baru, Perikatan Nasional, mesti membuktikan legitimasinya di parlimen," katanya.


Mohamed Arshad berkata Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah telah memutuskan bahawa Muhyiddin Yassin mempunyai sokongan majoriti semasa pergolakan politik baru-baru ini.

Oleh itu, katanya, menguji sokongan majoriti dengan undi percaya (atau undi tidak percaya) pada waktu yang paling cepat, adalah cara terbaik.

"Memanggil undi tidak percaya bukan bermakna tidak percaya terhadap Agong. Malah, ia menegakkan prinsip-prinsip demokrasi dan juga menguatkan institusi kerajaan.

"Hadi tidak jujur dan nakal apabila mencadangkan seperti itu. Dia secara terpilih-pilih menafsirkan norma masyarakat dengan cara sendiri tanpa pemikiran lebih mendalam.

"Dia bukan ulama, tetapi tidak ragu-ragu lagi seorang ahli politik yang cerdik," kata Arshad.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...