Thursday, March 5, 2020
Negeri Kedah kekal bersama pakatan harapan untuk mentadbir
ALOR SETAR : Negeri Kedah akan kekal bersama pakatan harapan untuk mentadbir demi
kesejahteraan Rakyat. YAB Dato Seri Utama Haji Mukhriz Tun Mahathir berkata mesyuarat Exco pada hari ini berjalan dengan lancar dan kehadiran kesemua Exco Kerajaan pada hari ini cukup memuaskan.
“Mereka hadir dengan wajah yang ceria dan setia bersama Kerajaan Negeri dalam usaha membangunkan Negeri Kedah di demi memenuhi amanah yang diberikan oleh Rakyat Kedah.”
“Mesyuarat pada hari ini juga membincangkan mengenai pembangunan Negeri Kedah dan Angka pelabur yang datang melabur di Negeri ini melebihi sasaran yang ditetapkan”. Ini cukup memberikan momentum yang baik untuk kestabilan ekonomi di Negeri ini.
“Berkenaan dengan masalah Covid-19, di Negeri Kedah sendiri masih terkawal dan masalah ini akan diatasi sehabis baik oleh pihak yang dipertanggungjawabkan untuk menguruskannya.”
Katanya lagi, “Kedah masih ditadbir dibawah kepimpinan Pakatan Harapan dengan bilangan kerusi 13 dari pakatan harapan, dan 6 dari Bersatu serta 1 speker. Dengan itu, kita masih menjadi Kerajaan Kedah yang kekal untuk menjalankan mandat Rakyat”.
Beliau berkata lagi, Kerajaan Negeri Kedah akan komited dalam menguruskan perihal Rakyat supaya Rakyat mendapat manfaat dari apa yang dijanjikan melalui maniesfesto Pakatan Harapan,” katanya dalam Sidang Media selepas mempengerusikan Mesyuarat bersama Exco-Exco Kerajaan di Wisma Negeri hari ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment