Friday, March 13, 2020

PAS - dari zaman PR dahulu sehingga zaman PN sekarang..??

Dari FB Ruzaihan Junit.


Kepada rakan-rakan aku yang bukan muslim, janganlah kaitkan Pas dengan Islam. Sungguh kepimpinan Pas dibarisi mereka yang gelarkan diri mereka ulama, tapi perbuatan mereka jauh dari sifat ulama.

Sesetengah hukum dalam Islam sememangnya dinamik, berubah mengikut zaman. Akan tetapi bukanlah boleh berubah sesuka hati. Ianya memerlukan penilaian bukan seorang, bukan dua orang tetapi sekumpulan besar ulama tajdid. Ulama yang khusus ilmunya, bukan setakat yang lulus jurusan bahasa Arab.

Pas telah menyalah gunakan title ulama dengan mengubah hukum mengikut kepentingan parti sedangkan Islam tidak begitu. Sekadar menyebutkan beberapa perubahan hukum oleh Pas;

1. GST haram ketika dalam Pakatan Rakyat. Kemudian dibolehkan sesudah meninggalkan PR. Dan mungkin akan berubah menjadi afdhal jika Muhyiddin mahu laksanakan.

2. Isytihar harta sesuai menurut Islam ketika dalam PR. Kemudian jadi dilarang dalam Islam ketika PH memerintah dan Pas bersama BN. Kini bersetuju pula (bermakna sudah dibolehkan) selepas Muhyiddin keluarkan arahan.
3. Lompat parti hingga runtuh kerajaan PR di Perak hukumnya haram ketika Pas bersama PR. Tapi dapat mentadbir Putrajaya akibat lompat parti oleh beberapa pengkhianat PH dikira anugerah Allah pula.

Islam ada pada nama Pas. Tapi tiada dalam perjuangan Pas. Jangan samakan Pas dengan Islam kerana kamu akan tersalah faham.

Kepada kawan-kawan aku yang masih walaun, aku tahu status ini akan sakitkan hati kamu. Tapi bukan niat aku nak troll Pas. Status ini penting bagi aku demi mengelakkan tercalarnya maruah Islam dek tindakan ulama kamu.

Perbuatan Pas banyak merosakkan imej Islam. Aku tak mahu ianya akan membuat bukan muslim semakin jauh daripada Islam sekaligus merosakkan dakwah...

#MYisNOTmyPM

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...