Saturday, March 28, 2020

RM30 E-Tunai & Pakej Ransangan Ekonomi Covid-19, Apa Perbezaannya?


 1. Sebaik sahaja PM umum Pakej Ransangan Ekonomi, semalam. Penyokong dan tentera siber pro kerajaan sebar perbandingan inisiatif E-Tunai dan Pakej Ransangan Ekonomi. Mereka bertempik bangga dengan kerajaan hari ini dan hina penyokong PH seolah itulah saja kemampuan kerajaan PH iaitu beri orang ramai RM30. Rasa kasihan terhadap golongan ini kerana mereka tak pandai membezakan tujuan pemberian inisiatif RM30 E-Tunai oleh kerajaan PH dengan Pakej Ransangan Ekonomi oleh kerajaan sekarang ini. Secara ringkasnya begini,

2. Inisiatif RM30 dalam E-Tunai kepada rakyat tujuannya untuk memperkenalkan, menggalakkan dan meluaskan lagi penggunaan pembayaran digital dalam kalangan pengguna dan peniaga, terutamanya dalam sektor runcit. Itu pun kerajaan PH difitnah kononnya mahu mencuri data peribadi bagi tujuan jahat.

3. Manakala Pakej Ransangan Ekonomi pula bertujuan memacu ekonomi tempatan dalam persekitaran kelembapan ekonomi global akibat Covid-19. Selain itu, tujuannya juga membantu rakyat yang terkesan, mereka yang hilang punca pendapatan seperti penjaja kecil, petani, nelayan, pemandu grab dan lain-lain lagi.

4. Pakej Ransangan ini wajib dan pasti akan dilaksanakan oleh mana-mana kerajaan yang memerintah dalam keadaan krisis begini. Baik PH, baik BN mahupun kerajaan hari ini wajib mencari solusi bagi atasi masalah ekonomi dan masalah kebuluran rakyat sepanjang PKP dilaksanakan.

5. Justeru, jelas sekali dua hal ini berbeza. Sangat berbeza.

6. Pada hemat saya, jika nak kritik biar ada asas dan berpadanan. Seolah PH hanya memberikan E-Tunai RM30 tanpa ada inisiatif yang lain. Sedangkan sepanjang PH memerintah pelbagai bantuan dan inisiatif telah dilaksanakan antaranya MySalam - boleh tuntut maksimum RM8,000 dan telah diperluaskan kepada golongan M40, Bantuan Sara Hidup Rakyat, Rebat RM40 bil elektrik untuk penama E-kasih, inisiatif Food Bank, harga tol turun 18%, harga minyak kekal stabil RM2.08 setiap bulan walaupun harga minyak dunia meningkat dan banyak lagi kalau nak disenaraikan. Hakikatnya ini pun selemah-lemah bandingan kerana Belanjawan 2020 dan Pakej Ransangan Ekonomi ketika krisis juga mempunyai peranan yang berbeda.

7. Oleh demikian, sangat tidak adil jika tuan-tuan nak banding inisiatif E Tunai RM30 dengan Pakej Ransangan bernilai RM25 billion itu. Negara ini demokrasi jamin hak kebebasan bersuara tetapi janganlah kita ambil kesempatan lemparkan tomahan secara membabi buta seolah negara kita ini tidak ada internet untuk tuan-tuan klik cari maklumat dan baca atau kaji. Jangan hina dan rendahkan akal tuan-tuan sedemikian rupa.

8. Semoga Allah rahmati dan menyelamatkan kita bukan saja daripada wabak Covid-19 tetapi juga menyelamatkan kita dari sifat bodoh dan malas membaca.

Sekian.


Muhammad Faezuddin Bin Mohd Puad
Ketua AMK Cabang Pulai
28 Mac 2020

1 comment:

  1. Aku Dah Pandai Pakai e tunai skang. Dulu kalau nak Beli makan kucing contoh. Pegi bank keluar $50. (aku ni boros, Sebab tu tak Pegang cash banyak), Beli pro diet 1.5kg.-$15, Lebih tu aku Beli la benda mengarut. Kat situ Aku Dah rugi $35. Sejak aku Pakai system tu. Beli ape Yg penting je. Dan Itu je duit Yg luak. Nak Beli mcm2 takut taK cukup atau Terlebih belanja. Kerana $30 tU la Aku start belajar mcm name nak control belanja aku. Memang tak banyak, Tapi Aku jimat Kat benda lain plak.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...