Sunday, May 31, 2020

Ayuhhh.. Jadikan PH kerajaan yang stabil, pakatan parti yang kuat..

Oleh : HARIS ALIMUDIN
May 31, 2020 7:28 am
MALAYSIA DATELINE


Sekiranya diizinkan Allah PH kembali berkuasa, ada banyak perkara dalam yang harus menjadi muhasabah untuk pimpinan parti-parti komponen Pakatan Harapan (PH). Kita mahu menjadi sebuah kerajaan yang stabil, dengan pakatan parti yang kuat.

1. AMANAH
Dilihat sebagai sebuah parti masih tiada kekuatan asas. Masa yang singkat di antara tarikh penubuhan parti dan kemenangan pada PRU14 menyebabkan AMANAH belum bersedia menjadi parti yang matang. Banyak kawasan dan cawangan masih di dalam proses penubuhan dan tiada kekuatan di peringkat bawahan.

Gagal menguasai segmen pengundi utama, iaitu Melayu Islam. AMANAH diharapkan menggantikan peranan Pas dalam PH, namun sehingga kini masih dilihat tidak mampu menyaingi pengaruh Pas khususnya di kawasan tradisional Melayu Islam. Amanah masih belum dikenali dan agenda parti masih jauh dari difahami pengundi.

Walaupun AMANAH cuba mengusir fahaman sempit perkauman dan agama, ia harus insaf bahawa perubahan tidak berlaku semalam, ia memerlukan waktu untuk diubah. Kekuasan penting untuk mempastikan agenda ini mampu dibawa. AMANAH harus bijak mengimbangi di antara kehendak pembaharuan dan terus kekal berkuasa.

Terbawa sentimen anti-Pas yang tidak membawa sebarang signifikan kepada pengundi majoriti. Kebanyakan pemimpin AMANAH adalah bekas pemilihan Pas di semua peringkat. Hakikat bahawa AMANAH terbina dari serpihan Pas harus diterima. Sentimen ini masih terbawa-bawa sehingga dilihat AMANAH terlalu fokus menyerang Pas dan menenggelamkan agenda lainnya. Rakyat kebanyakan yang tidak pernah peduli romantisme ini melihat ia dengan bosan dan muak.

AMANAH harus memenangi hati pengundi Melayu Islam dengan kekuatan sendiri. Memahami pemikiran dan sentimen orang Melayu kebanyakan penting untuk meningkatkan sokongan di kalangan pengundi bukan ahli parti. AMANAH harus meyakinkan bahawa ia mampu menjadi parti yang akan menjaga hak Melayu Islam dalam kerajaan PH.

“Blue Ocean” bagi AMANAH adalah Kelantan dan Terengganu. Negeri-negeri lain telah ada pemain-pemain utamanya di kalangan PH dan Bersatu. AMANAH harus terima hakikat bahawa untuk maju ke hadapan, parti ini harus membina asas yang kukuh di Kelantan dan Terengganu. Dengan cara ini, kehadiran AMANAH dalam PH dan mana-mana blok akan dirasai bukan hanya menumpang kekuatan parti-parti lain.

Menggunakan jargon dan pendekatan yang sukar diterima pengundi kebanyakan. Ucapan-ucapan pemimpin AMANAH tidak difahami rakyat kebanyakan. Politik KBAT yang dibawa gagal menyerap ke kefahaman rakyat biasa. Banyak agenda yang dibawa dengan tema-tema besar seperti gagasan Rahmatan Lil Alamin tidak mampu dicerna.

Menjadikan rakyat bijaksana tanpa terlalu emosional melalui pendidikan politik adalah sesuatu yang ideal. Tetapi dengan tempoh waktu singkat ia menjadi tidak realistik. AMANAH mesti ‘merendahkan’ bahasanya agar lebih mudah dibawa ke ceruk desa dan pinggiran bandar. Pemimpin AMANAH juga perlu berhati-hati mengeluarkan kenyataan yang mungkin menyinggung perasaan kaum Melayu Islam.

2. PKR
Agenda hanya Anwar Ibrahim sebagai bakal PM membosankan rakyat. PKR sebagai parti utama harus lebih berani untuk mula menampilkan tokoh-tokoh baharu sebagai alternatif selepas DSAI. Hakikat bahawa aura reformasi sudah memudar harus diterima. PKR mempunyai ramai tokoh yang telah berjaya dibina, calon terbaik buat masa ini adalah Dato Seri Wan Azizah sendiri. Seorang wanita dan tidak mempunyai political baggage yang berat.

Pemimpin dan wakil rakyat yang tidak jujur sehingga mudah melompat. Ini merupakan masalah utama PKR. Porosnya sistem parti menerima keahlian dan proses kenaikan hierarki kepimpinan yang terlalu mudah menjadikan PKR parti yang ‘longgar’ sehingga kesetiaan tidak sesuatu yang mengikat.
PKR perlu membina kesetiaan kepada parti. Ahli-ahli yang sudah teruji kesetiaan kepada parti mesti diberikan keutamaan menjadi pemimpin dan calon pilihanraya agar tidak mudah dibeli dan berpindah parti. Ramai ahli bawahan terasa tersisih apabila ramai ahli baharu diberikan kedudukan berbanding pengasas awal semenjak dari PKN dahulu dan akhirnya memilih untuk berundur.

Pergolakan dalaman parti yang menggugat kestabilan parti. Sebagai sebuah parti yang besar dan berbilang kaum, budaya dan keragaman fahaman politik, PKR tidak dapat mengelak dari bergolak sepanjang waktu. Banyak waktu dihabiskan berseteru sesama sendiri sehingga mengganggu fokus membina parti dan memberi khidmat kepada rakyat.

Kekuatan PKR adalah pada kemampuannya menampung kepelbagaian. Jika kelebihan ini diurus dengan baik, ia akan menjadi kekuatan PKR sebagai wadah kepada semua kaum dan agama, merentasi sempadan sosio budaya, demografi dan geografi.

3. DAP
Gagal menghapuskan imej chauvinist Cina terutama dalam kalangan pengundi Melayu Muslim. Ini adalah masalah terbesar kepada parti ini, malahan masalah ini dikatakan menjadi punca utama penolakan kepada PH secara keseluruhan. Sekian lama membawa imej parti Cina, ia bukan sesuatu yang mudah bagi DAP untuk melunturkan prejudisme ini.

Kemampuan DAP membawa lebih ramai pemimpin dan ahli bukan Cina harus ditonjolkan. Walaupun basis pengundi DAP adalah kaum Cina, namun DAP perlu menampilkan pemimpin bukan Cina sebagai alternatif.

Sebilangan pemimpin DAP sering menimbulkan isu sensitif yang rentas sempadan kaum. Kenyataan dan tindakan sebahagian dari pemimpin DAP masih gagal memahami kedududukan sebagai kerajaan sehingga masih mengeluarkan kenyataan yang berbaur perkauman dan sensitif.

DAP wajah baharu dengan wajah-wajah muda yang fasih berbahasa Melayu seperti Anthony Loke, Teo Ni Ching, Vivian Wong dan Liew Chin Tong adalah tawaran masa hadapan DAP yang lebih mesra Malaysia.

Kerangka pemikiran Malaysian Malaysia banyak menyentuh kepentingan hak kaum bumiputera . Untuk kekal menjadi kerajaan, undi majoriti adalah sesuatu yang wajib. Menghormati hak kaum majoriti tidak akan menghapuskan hak kaum minoriti. DAP perlu bersama-sama parti komponen PH mempertahankan persefahaman ini tanpa ada tuntutan yang melampau.

Setiap parti dan pemimpin PH perlu menginsafi hakikat bahawa keutamaan adalah menjadi kerajaan, dan mempertahankannya. Sebagai sebuah kerajaan baharu, membina asas sokongan padu menjadi kemestian. Setelah sokongan dan kepercayaan rakyat kukuh, baharulah agenda perubahan dimulakan secara berperingkat. Membina Malaysia Baharu adalah perjuangan yang panjang, ia mampu diwajahkan hanya jika kita menjadi kerajaan.

Keutamaan juga adalah pada mengisi perut rakyat dan menjaga kebajikan mereka. Membina Malaysia Baharu kurangkan kenyataan dan tindakan idealistik, gantikan dengan polisi yang mendasar dan dirasakan rakyat di setiap pelusuk negara.

Ayuh bina semula negara.

* Haris Alimudin 
Jawatankuasa Pimpinan Nasional Parti Amanah Negara (AMANAH).

Sumber : https://malaysiadateline.com/jadikan-ph-kerajaan-yang-stabil-pakatan-parti-yang-kuat/



3 comments:

  1. KARNA RASA HATI YANG GEMBIRA BERKAT BANTUAN AKI SOLEH
    MAKANYA SENGAJA NAMA BELIAU SAYA CANTUNKAN DI INTERNET !!!

    assalamualaikum wr, wb, saya IBU NUR INTAN saya Mengucapkan banyak2
    Terima kasih kepada: AKI SOLEH
    atas nomor togelnya yang kemarin AKI berikan "4D"
    alhamdulillah ternyata itu benar2 tembus AKI
    dan berkat bantuan AKI SOLEH saya bisa melunasi semua hutan2…
    orang tua saya yang ada di BANK BRI dan bukan hanya itu AKI alhamdulillah,
    sekarang saya sudah bisa bermodal sedikit untuk mencukupi kebutuhan keluarga saya sehari2.
    Itu semua berkat bantuan AKI SOLEH sekali lagi makasih banyak ya, AKI
    yang ingin merubah nasib
    seperti saya...?
    SILAHKAN GABUNG SAMA AKI SOLEH No; { 082-313-336-747 }

    Sebelum Gabung Sama AKI Baca Duluh Kata2 Yang Dibawah Ini
    Apakah anda termasuk dalam kategori di bawah ini...!!
    1: Di kejar2 tagihan hutang..
    2: Selaluh kalah dalam bermain togel
    3: Barang berharga sudah
    terjual buat judi togel..
    4: Sudah kemana2 tapi tidak
    menghasilkan, solusi yang tepat..!
    5: Sudah banyak dukun ditempati minta angka ritual blom dapat juga,
    satu jalan menyelesaikan masalah anda..
    Dijamin anda akan berhasil
    silahkan buktikan sendiri
    Atau Chat/Tlpn di WhatsApp (WA)
    No WA Aki : 082313336747

    TERIMA KASIH YANG PUNYA
    ROOM ATAS TUMPANGANYA SALAM KOMPAK SELALU
    Angka;Ghaib: Singapura
    Angka;Ghaib: Hongkong
    Angka;Ghaib: Toto Malaysia
    Angka”Ghaib: Laos…
    Angka”Ghaib: Macau
    Angka”Ghaib: Sidney
    Angka”Ghaib: Brunei
    Angka”Ghaib: Thailand
    "KLIK DISINI BOCORAN TOGEL SGP HK SDY DAN DLL"

    ReplyDelete
    Replies
    1. KARNA RASA HATI YANG GEMBIRA BERKAT BANTUAN AKI SOLEH
      MAKANYA SENGAJA NAMA BELIAU SAYA CANTUNKAN DI INTERNET !!!

      assalamualaikum wr, wb, saya IBU NUR INTAN saya Mengucapkan banyak2
      Terima kasih kepada: AKI SOLEH
      atas nomor togelnya yang kemarin AKI berikan "4D"
      alhamdulillah ternyata itu benar2 tembus AKI
      dan berkat bantuan AKI SOLEH saya bisa melunasi semua hutan2…
      orang tua saya yang ada di BANK BRI dan bukan hanya itu AKI alhamdulillah,
      sekarang saya sudah bisa bermodal sedikit untuk mencukupi kebutuhan keluarga saya sehari2.
      Itu semua berkat bantuan AKI SOLEH sekali lagi makasih banyak ya, AKI
      yang ingin merubah nasib
      seperti saya...?
      SILAHKAN GABUNG SAMA AKI SOLEH No; { 082-313-336-747 }

      Sebelum Gabung Sama AKI Baca Duluh Kata2 Yang Dibawah Ini
      Apakah anda termasuk dalam kategori di bawah ini...!!
      1: Di kejar2 tagihan hutang..
      2: Selaluh kalah dalam bermain togel
      3: Barang berharga sudah
      terjual buat judi togel..
      4: Sudah kemana2 tapi tidak
      menghasilkan, solusi yang tepat..!
      5: Sudah banyak dukun ditempati minta angka ritual blom dapat juga,
      satu jalan menyelesaikan masalah anda..
      Dijamin anda akan berhasil
      silahkan buktikan sendiri
      Atau Chat/Tlpn di WhatsApp (WA)
      No WA Aki : 082313336747

      TERIMA KASIH YANG PUNYA
      ROOM ATAS TUMPANGANYA SALAM KOMPAK SELALU
      Angka;Ghaib: Singapura
      Angka;Ghaib: Hongkong
      Angka;Ghaib: Toto Malaysia
      Angka”Ghaib: Laos…
      Angka”Ghaib: Macau
      Angka”Ghaib: Sidney
      Angka”Ghaib: Brunei
      Angka”Ghaib: Thailand
      "KLIK DISINI BOCORAN TOGEL SGP HK SDY DAN DLL"

      Delete
  2. kelinci99
    Togel Online Terpercaya Dan Games Laiinnya Live Casino.
    HOT PROMO NEW MEMBER FREECHIPS 5ribu !!
    NEXT DEPOSIT 50ribu FREECHIPS 5RB !!
    Ada Bagi2 Freechips Untuk New Member + Bonus Depositnya Loh ,
    Yuk Daftarkan Sekarang Mumpung Ada Freechips Setiap Harinya
    segera daftar dan bermain ya selain Togel ad juga Games Online Betting lain nya ,
    yang bisa di mainkan dgn 1 userid saja .
    yukk daftar di www.kelinci99.casino

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...