Tuesday, May 26, 2020

Buang Artis Lantik Orang Politik Untuk Ketuai Masalah Artis, Terbaik Kerajaan PN!


ZAKARIA BUKAN ORANG POLITIK? MAHU TIPU SIAPA?

Apabila bekas Ketua Cabang Keadilan Bera, Zakaria Abdul Hamid dilantik mengetuai FINAS, maka ramai yang bertanya mengapa buang seorang anak seni (Hans Isaac) dan diganti dengan orang politik untuk menguruskan hal ehwal perfileman, hiburan dan kesenian?

Apa kaitan kelayakan dan pengalaman Zakaria untuk menerajui FINAS?

Tiada tokoh lainkah yang boleh menerajui FINAS dari kalangan anak seni atau paling kurang ada kelayakan berhubung dengan kesenian, perfileman atau hiburan?



Ini persoalannya.

Seorang orang kuat Zakaria tampil membela bosnya dengan menyatakan Zakaria layak menerajui FINAS kerana dia telah dipecat dari parti, maka pemilihannya bukan lagi ada kaitan dengan lantikan politik.

Ini melucukan dan satu hujah yang amat dangkal dari bekas Ketua Cabang Keadilan Paya Besar, Albakri Salim.

Albakri adalah timbalan kepada Zakaria di dalam NGO Penggerak Komuniti Negara di Pahang.

Tugas beliau membela bosnya itu wajar namun berilah alasan lain yang releven.

Adakah kerana dipecat dari Keadilan, maka seseorang itu bukan lagi orang politik?

Bila disebut sahaja politik, maka semestinya adalah dari Keadilan?

Kamu tahu atau tidak apa itu politik? Berpolitik atau orang politik tidak semestinya ada parti.

Itu kena faham dulu.

Siapa tidak kenal Zakaria, setelah dipecat dari Keadilan kerana terdapat laporan dari SPRM tentang penglibatan beliau dengan kes rasuah, beliau terus bergerak rapat dengan orang politik seperti Azmin dan Zuraida.

Apakah FINAS mahu diterajui oleh orang seperti ini?

Mana maruah FINAS?

Siapa tidak tahu, Zakaria adalah orang kuat Azmin, sama juga dengan MP Indera Mahkota, Saifudin Abdullah yang kini menjadi Menteri Komunikasi dan Multimedia.

FINAS di bawah kementerian MP Indera Mahkota yang khianat ini.

Bodoh sangatlah jika kita tidak boleh fikir apa erti lantikan ini sehingga sanggup mengenepikan anak-anak seni hanya kerana mahu beri pada kroni politik?

Mahu tipu siapa sebenarnya?

Jangan ingat rakyat terlalu bodoh seperti kamu yang sanggup melakukan pengkhianatan untuk kesenangan sementara.

WFAUZDIN NS

4 comments:

  1. Salam, kenapalah penulis WFauzdin NS ni....memanglah bila dah ada kuasa kita akan letak orang2 yg menyokong dan telah membantu kita....ini lumrah politik dimana2 saja dlm dunia ni....jgnlah menghakimi seseorng sebelum kita teliti performance mereka dlm menjalankan tugas dan tanggugjawab....tak nampak pun Hans Isaac tu pumya sumbangan semasa dia memegang jawatan Pengerusi selain dari menyuruh Ahmad Idham meletakkan jawatan sebagai CEO

    HH

    ReplyDelete
    Replies
    1. KARNA RASA HATI YANG GEMBIRA BERKAT BANTUAN AKI SOLEH
      MAKANYA SENGAJA NAMA BELIAU SAYA CANTUNKAN DI INTERNET !!!

      assalamualaikum wr, wb, saya IBU NUR INTAN saya Mengucapkan banyak2
      Terima kasih kepada: AKI SOLEH
      atas nomor togelnya yang kemarin AKI berikan "4D"
      alhamdulillah ternyata itu benar2 tembus AKI
      dan berkat bantuan AKI SOLEH saya bisa melunasi semua hutan2…
      orang tua saya yang ada di BANK BRI dan bukan hanya itu AKI alhamdulillah,
      sekarang saya sudah bisa bermodal sedikit untuk mencukupi kebutuhan keluarga saya sehari2.
      Itu semua berkat bantuan AKI SOLEH sekali lagi makasih banyak ya, AKI
      yang ingin merubah nasib
      seperti saya...?
      SILAHKAN GABUNG SAMA AKI SOLEH No; { 082-313-336-747 }

      Sebelum Gabung Sama AKI Baca Duluh Kata2 Yang Dibawah Ini
      Apakah anda termasuk dalam kategori di bawah ini...!!
      1: Di kejar2 tagihan hutang..
      2: Selaluh kalah dalam bermain togel
      3: Barang berharga sudah
      terjual buat judi togel..
      4: Sudah kemana2 tapi tidak
      menghasilkan, solusi yang tepat..!
      5: Sudah banyak dukun ditempati minta angka ritual blom dapat juga,
      satu jalan menyelesaikan masalah anda..
      Dijamin anda akan berhasil
      silahkan buktikan sendiri
      Atau Chat/Tlpn di WhatsApp (WA)
      No WA Aki : 082313336747

      TERIMA KASIH YANG PUNYA
      ROOM ATAS TUMPANGANYA SALAM KOMPAK SELALU
      Angka;Ghaib: Singapura
      Angka;Ghaib: Hongkong
      Angka;Ghaib: Toto Malaysia
      Angka”Ghaib: Laos…
      Angka”Ghaib: Macau
      Angka”Ghaib: Sidney
      Angka”Ghaib: Brunei
      Angka”Ghaib: Thailand
      "KLIK DISINI BOCORAN TOGEL SGP HK SDY DAN DLL"

      Delete
  2. Lantikan adalah hak peneraju.. Sedarkah anda apabila ph lantik lge jadi mtri kwngan, apa kelayakan dia... Bukankah sebab politik... sedarlah..

    ReplyDelete
  3. Yang penting kita mahu pemimpin yg boleh bekerja bukan duduk sahaja makan gaji buta...sama sama tunggu dan lihat

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...