Saturday, May 23, 2020

Dulu INDIA BOIKOT sebab PH kritik serangan keatas umat Islam Khasmir, Kini PN macam setuju apa dilakukan


Kerajaan Pakatan Nasional (PN) hari ini berbangga dengan komitmen baru eksport minyak kelapa sawit oleh India.

Selepas pertukaran kerajaan, Presiden MCA, Wee Ka Siong segera menggesa kerajaan India menimbang semula keputusannya untuk memboikot import minyak sawit dari Malaysia selaras dengan pembentukan kerajaan baru di Malaysia.

Dalam kenyataan pertamanya selepas Muhyiddin Yassin dilantik sebagai perdana menteri Malaysia kelapan, Wee berkata sebarang salah faham yang lalu dengan kerajaan India perlu diselesaikan.

“Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menghantar mesej kepada kerajaan India. Keadaan telah berubah di negara kami. India perlu menimbang semula keputusannya untuk memboikot import minyak sawit dari Malaysia” ujar Wee ketika itu sebagaimana dilaporkan media.

Gesaan Wee ini mendapat sambutan baik dari Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi yang baru, Dr Mohd Khairuddin Aman Razali. Sejak hari pertama masuk pejabat, beliau menyatakan bahawa beliau komited untuk membina hubungan Malaysia dengan India, khususnya bagi eksport minyak sawit.
Berbeza dengan kerajaan Pakatan Harapan sebelum ini mempunyai dasar luar negara yang jelas dan lantang dalam memelihara kepentingan umat Islam di seluruh dunia. Tun Mahathir selaku ketua kerajaan PH merupakan pemimpin Islam yang lantang mengkritik tindakan-tindakan yang dilakukan oleh mana-mana negara yang dilihat menjejaskan masyarakat Islam. Termasuk India.

Pada 12 Disember 2019, India telah meluluskan pindaan terhadap Akta Kewarganegaraan 1955. Pindaaan ini memberikan kewarganegaraan yang mudah kepada kalangan yang beragama Hindu, Sikh, Buddha, Parsi dan Kristian dari negara-negara Bangladesh, Afghanistan dan Pakistan. Kalangan yang menganut agama Islam walau bagaimanapun dikecualikan daripada pindaaan undang-undang ini.

Tindakan kerajaan India ini mengejutkan dunia kerana ia dilihat bertentangan dengan prinsip kemanusiaan, malah prinsip pembentukan negara India sendiri yang berpegang kepada republik sekular dimana agama seseorang tidaklah menjadi syarat kewarganegaraan.

Mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir, sewaktu bercakap dalam Sidang Kemuncak Kuala Lumpur 2019 menyatakan bahawa undang-undang tersebut bertentangan dengan prinsip India sebagai sekular kerana undang-undang ini jelas memisahkan kelayakan kewarganegaraan bagi orang Islam.

Ternyata teguran Tun Mahathir ini agak kurang disenangi oleh India hingga dilaporkan memanggil Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke India untuk memberi penjelasan.

Dan ini bukan kali pertama Tun Mahathir memberi kritikan terhadap India. Tun Mahathir sebelum ini juga lantang menyuarakan pandangannya terhadap tindakan kerajaan India di Kashmir. Ini adalah lantaran tindakan pemerintah India yang telah meluluskan undang-undang menghapuskan autonomi wilayah majoriti Islam di Kashmir. Pembatalan artikel 370 dalam Perlembagaan India yang memansuhkan hak istimewa Kashmir yang dinikmati Kashmir sebelum ini sangat mengejutkan dunia Islam khususnya.

“Memang kita khuatir kerana kita jual banyak minyak kelapa sawit kepada India. Tetapi kita harus bersikap jujur. Jika ada perkara yang tidak kena, kita harus menyuarakannya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...