Friday, May 22, 2020

Kerusi parlimen sekarang antara PN & PH ianya sama banyak.. 111/111..!!!


Kedudukan di Dewan Rakyat kini 111 vs 111



Kedudukan di Dewan Rakyat kini sama banyak antara Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN) apabila Ahli Parlimen Sri Aman dan Selangau memihak kepada PH.

Ahli Parlimen Sri Aman, Masir pada hari pembukaan Majlis Pembukaan Mesyuarat Pertama, Penggal Ketiga, Parlimen ke-14 menyatakan sbeliau sebenarnya menyokong pembangkang sama ada di peringkat persekutuan mahupun di Sarawak.

Anggota Parti Bersatu Sarawak (PSB) itu menjelaskan beliau diberikan tempat duduk bersama penyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN) di Dewan Rakyat pada 18 Mei lalu.

Manakala Ahli Parlimen Selangau Baru Bian dikatakan sudah ‘u-turn’ menyatakan sokongan kepada Tun Mahathir Mohamad.

Dengan keputusan Ahli Parlimen Selangau menjadikan blok pembangkang yang sebelum ini mempunyai 108 sokongan menjadikan ia kepada 111 Ahli Parlimen ditambah sokongan kerusi Timbalan Speaker Nga Kor Meng yang masih disusun di blok kerajaan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...