Friday, May 29, 2020

Najib: Adakah kerja saya nilai sistem intipan untuk dibeli?

Malaysiakini
Bekas perdana menteri Najib Razak menafikan keterlibatannya dalam laporan yang mendakwa syarikat siber Senpai Technologies menandatangani perjanjian bernilai AS$1.5 juta untuk membekalkan kemudahan intipan kepada polis Cawangan Khas (SB) Malaysia.

Menurut dokumen mahkamah di Israel ia dikatakan bagi membantu perdana menteri ketika itu mengawasi pembangkang menjelang pilihan raya umum ke-14.

"Saya bukan menteri dalam negeri masa itu dan saya tak pernah suruh atau pilih apa yang patut dibeli oleh SB. Mereka putuskan sendiri.

"Adakah kerja saya untuk menilai dan mencari software untuk beli?" Soal Najib pada suatu kenyataan kepada Malaysiakini.

Ketika pembelian yang didakwa berlaku itu, Zahid Hamidi memegang jawatan menteri dalam negeri.


Ulasan bekas perdana menteri susulan laporan laman berita teknologi Israel CTech yang menyebut kerajaan Malaysia menantangani perjanjian itu bagi mendapatkan sistem untuk mengumpulkan maklumat dan menganalisis dana kegiatan orang awam.

Dokumen-dokumen berkaitan diperoleh dan disemak oleh Calcalist, sebuah harian kewangan terkemuka Israel.

Sistem itu dikatakan dibangunkan oleh Senpai Technologies Ltd.

Perjanjian itu dilapor ditantangai pada April 2018, sebulan sebelum BN yang dipimpin Najib ketika itu kecundang kali pertama dalam sejarahnya.

Rundingan itu menggunakan kod nama “Project Magnum.”

Bagaimanapun, kata Najib pada hari ini, ketika April 2018, kerajaan BN telah pun bubar dan "kami sibuk dalam kempen PRU14 masing-masing."

"Pembelian Fasa 1, jika benar-benar berlaku, tak libatkan Pejabat Perdana Menteri pun," katanya lagi.

BACA BERKAITAN: Syarikat Israel bantu Najib intip pembangkang pada 2018 - Laporan

Sementara itu, Najib mendakwa fasa dua rundingan antara Cenpai dan agensi kerajaan Malaysida di bawah pentadbiran PH adalah sebanyak tiga kali ganda daripada perjanjian intipan yang ditandatangani pada April 2018 sebelum PRU14.

"Pembelian Fasa 2 setahun selepas PRU14 dipetik sebagai bernilai 3 kali lebih besar dan melibatkan SB, Pejabat Perdana Menteri dan SPRM (era PH).

"Tanyalah bos Pejabat Perdana Menteri (ketika itu Dr Mahathir Mohamad) dan juga bos SPRM (Latheefa Koya) setahun selepas PRU14 itu juga," kata Najib lagi.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...