Friday, June 5, 2020

APABILA AGAMAWAN SEMBUNYI CITA-CITA POLITIK DALAM JUBAH AGAMA!!!


(Tak perlu baca, panjang)


1. Akhirnya agamawan tersohor itu bertemu dalil untuk mengabsahkan sebuah pengkhianatan kepada mandat rakyat iaitu ayat 118, Aali Imran. Nas itu dipakaikan sentimen bacaan pada waktu tahajjud untuk menambah perisa bahawa nas yang dibacanya tepat untuk ditempel kepada pihak yang mahu ditempelnya.

2. Walaupun ayat itu jika disorot berlatarbelakangkan golongan munafik yang tidak lekang dengan permusuhan terhadap Nabi SAW, ia ditampal sebagai nas kepada persoalan selesakah dia dengan sebuah kerajaan yang tegak melalui pengkhianatan.

3. Seterusnya nas itu dicekak leher dan diheret ke sana-sini atas nama agama, atas nama anti golongan anti agama demi menonjolkan kepada umum bahawa dia adalah agamawan yang bertindak berpandukan nas. Padahal tindakannya berpandukan nafsu politik yang disimpan kemas dalam jubah agamawan.

4. Begitulah jadinya apabila agamawan ingin bergulat dengan krisis politik kepartian tanpa mahu menanggalkan jubah agamawan, nas akan ditempel sesuka hati. Jika nas itu dilihat oleh agamawan sebegitu berupaya menarik simpati awam untuk bersama-sama dengannya melawan kelompok politik yang dibencinya, di situlah nas itu ditempel.


5. Padahal nas lebih agung daripada sekadar ditempel kepada kelompok politik yang tidak disukai oleh agamawan. Tetapi oleh kerana agamawan sebegitu berasa dia adalah tuan atau taukeh kepada nas, maka ditempellah sesuka hatinya.

6. Kenapa nas berkenaan tidak ditempel kepada kelompok politik yang disukainya, padahal sikap kelompok itu juga sama bahkan dalam keadaan tertentu lebih dahsyat daripada kelompok politik yang dibenci oleh agamawan berkenaan? Telah disebut tadi, agamawan akan pulas tengkuk nas sesuka hatinya demi memuaskan kemahuan nafsu politik yang disimpan dalam jubah agama.

7. Jubah agama bagi agamawan ibarat cengkerang bagi kura-kura. Jika terancam di sorok kepala dalam cengkerang itu. Jika nampak rimbunan keladi batat, dan tak ada ancaman, kepala dijengol dan bergembiralah kura-kura dengan rimbunan keladi batat itu. Kenyang, kura-kura berehat dan esok diulang lagi aksi yang sama.

8. Tidak, bukan begitu, saya pernah tolak jawatan yang ditawar, kata agamawan. Sayugia diingat, jawatan politik adalah jawatan berisiko tinggi. Agamawan tak akan sanggup ambil risiko itu. Sebab itu agamawan akan berpolitik dalam jubah agamawan kerana risikonya lebih rendah.

9. Ini fitnah, ini sangkaan buruk, kata agamawan. Jika agamawan boleh bersangka buruk kepada pihak yang agamawan tidak setuju, apa salahnya pihak yang tidak bersetuju dengan agamawan bersangka buruk pula kepada agamawan. Namun, ini bukan sangka buruk kepada agamawan kerana hakikatnya kini memang agamawan sedang berpolitik dalam jubah agama.

10. Kebencian agamawan kepada kelompok politik tertentu yang agamawan tempelkan nas tadi berpunca daripada kepentingan tertentu yang tidak kesampaian walaupun agamawan nafi. Kalau tanpa kepentingan, mengapa galak benar agamawan bermain sentimen kaum dan agama secara melulu?

11. Ini demi kepentingan agama, kata agamawan. Agamawan bukankah sedang pakai jubah agama, tentulah alasan agama yang agamawan guna. Apa isu agama yang agamawan tidak puas hati dalam era kerajaan dulu yang kini sudah selesai? Adakah Zakir Naik sudah boleh berceramah secara terbuka kini? Tulisan jawi, sekolah vernakular, arak, sudah selesai semuanya?

12. Negara kini sedang berdepan dengan situasi lebih parah daripada era pemerintahan gabungan parti yang agamawan benci sebelum ini. Isu apa saja yang agamawan bangkitkan masih membelenggu negara. Tapi agamawan tidak membenci pemerintahan masa kini. Kenapa? Usah diputar lidah, jawapannya ialah kerana kebencian yang tersimpan di dalam dada agamawan kerana kepentingan agamawan tidak tertunai semasa pemerintahan dulu.

13. Agamawan kata, parti oren tugasnya mencari nas untuk mengabsahkan tindakan anti agama parti yang agamawan benci itu. Saya pun boleh kata, tugas agamawan juga mencari nas untuk mengabsahkan sebuah pengkhianatan, sebuah perjanjian yang dimeterai untuk kepentingan umum. Sedap mulut agamawan menuduh, sedap mulut juga kami boleh balas.

14. Agamawan tak perlu rasa diri agamawan suci dan membela agama dengan menafikan peranan orang lain. Pemikiran agamawan sudah mirip pemikiran sebahagian lebai yang suka melabel orang lain dengan label anti agama. Tugas kami bukan mencari nas untuk mengabsahkan tindakan salah. Kami hanya berpegang kepada persetiaan yang kami diberi mandat oleh rakyat untuk ditunaikan.

15. Kami bukan seperti agamawan yang kempen orang lain mengingkari persetiaan. Kenapa agamawan tak bawa nas ingkar perjanjian untuk ditatap oleh kumpulan yang agamawan suka dan ingatkan mereka mengenai salah besar ingkar persetiaan? Agamawan tak jumpa nas mengenai hal itu?

16. Sayang, apabila agamawan tersohor pun boleh termakan dengan provokasi golongan kalah dalam pilihanraya. Sayang, apabila agamawan tersohor pun tidak berupaya mencerakin situasi dengan adil berasaskan fakta. Sayang, apabila agamawan tersohor pun masih gagal mengaplikasi tuntutan menegakkan keadilan sama ada kepada pihak yang disukai atau dibenci.

17. Akhirnya, sayang sekali, apabila agamawan hanya berani berpencak di luar gelanggang kemudian menjenguk-jenguk ke dalam gelanggang mencari sisa-sisa cebisan keris tempur orang lain untuk dimanfaat.

ZOLA
Dengkil, Selangor.

4 comments:

  1. Panjang tapi aku baca sampai habis.. Terima kasih

    ReplyDelete
  2. Agamawan ini juga menhalalkan pengkhianatan dengan menekankan tertubuhnya kerajaan PN kerana Rukun Negara ke2, tetapi dia melupakan Rukun Negara yang pertama yang sama Rukun Iman yang pertama, jika kita beriman dengan Rukun Iman pertama kita kena patuh segala perintahNya dan meninggalkan segala laranganNya, tidak kah melanggar dan mengkhianati amanah dilarang dan ditegah.

    ReplyDelete
  3. Korang ni cerita apa ni...
    Korang nak junjung siapa?
    Korang nak kekalkan PH ke?
    Melanggar dan mengkhianati AMANAH dilarang dan ditegah?
    Yg mula diberi AMANAH ni tara manakah sifat dan perangai ketika menjunjung AMANAH ni?
    Kalaulah PH nak diulit ulit sebagai terer/hebatnya AMANAH mereka dlm menjunjung AMANAH yg digalas di atas kepala mereka sehingga RAKYAT dgn penuh harapan dan yakin kpd penggalas AMANAH akhirnya DIRATAH & DIKHIANATI HIDUP² oleh SANG PEMEGANG AMANAH?

    Si FIRAUN adalah PEMEGANG AMANAH yg merasakan dirinya sangat dan wajar terHEBAT namun akhirnya terasa dikhianati oleh Musa yg berjaya mempengaruhi sebahagian rakyatnya berpaling tadah....THE REST IS HISTORY.
    Full Stop.

    ReplyDelete
  4. kelinci99
    Togel Online Terpercaya Dan Games Laiinnya Live Casino.
    HOT PROMO NEW MEMBER FREECHIPS 5ribu !!
    NEXT DEPOSIT 50ribu FREECHIPS 5RB !!
    Ada Bagi2 Freechips Untuk New Member + Bonus Depositnya Loh ,
    Yuk Daftarkan Sekarang Mumpung Ada Freechips Setiap Harinya
    segera daftar dan bermain ya selain Togel ad juga Games Online Betting lain nya ,
    yang bisa di mainkan dgn 1 userid saja .
    yukk daftar di www.kelinci99.casino

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...