Sunday, July 26, 2020

Masa jadi pembangkang bukan main lantang RUU355, bila jadi kerajaan habis semua menikus..!!


Semalam aku ada sebut pasal antara doktrin dan perangai Ahli Gerakan Islam yang mengarut, taghut, dan perlu ditentang dan diperbetulkan. 

Oh hari ini keluar bukti depan mata. Macam rezeki pula.

Pegawai Khas kepada Presiden sebuah Gerakan Islam di Malaysia (Duta Khas bertaraf Menteri) Brother Syahir Sulaiman, telah mengeluarkan satu status Facebook sebagai respon balas kepada isu jawapan Timb Menteri Agama dari PAS berkait dengan RUU 355.

Tidak cukup dengan beliau berdolak dalih dengan dalil dalil baru, sempat lagi sebut yang Kerajaan 22 bulan dahulu tiada langsung usaha untuk perkasakan Shariah di Malaysia. 

Ini lah antara perangai taghut aktivis Gerakan Islam yang sentiasa merasakan pihak/parti/kumpulan dia sahaja yang ada usaha tegakkan Islam dan orang lain pemalas dan banyak dalih dan tak tolong Islam. 

Dia boleh pergi cek balik dengan JAKIM dan Menteri Agama sekarang dan konfemkam bahawa pada zaman Kerajaan 22 bulan itulah satu Jawatabkuasa Teknikel Undang-undang Syarak dan Sivil dihidupkan semula secara aktif untuk membincangkan dan mencadangkan pembaikan secara menyeluruh terhadap undang undang Islam di Malaysia. 

Jawatankuasa ini dipengerusikan oleh Tan Sri Sheikh Ghazali, Tokoh Shariah tersohor tanah air. Dianggotai oleh ahli ahli yang hebat seperti Ustaz Fauwaz Fadzil, Dr Zulqarnain Lukman, Noorazmir Zakaria, dan ramai lagi. 

Antara hasil yang boleh dilihat atas usaha Jawatankuasa ini ialah dengan lulusnya RUU Guaman Syarie, dan penubuhan mahkamah hadanah. Sedang dirangka juga RUU wakaf. 

Action speaks louder than words. 


Sekarang apabila sudah jadi pemerintah, tiba tiba Gerakan Islam ni nak berselindiung di sebalik "dharurah", "Perlembagaan Persekutuan", mahupun "Parlimen".

Kalau dulu bukan main gelojoh dan berkobar kobar sampai mengkafirkan dan meliberalkan orang lain, sekarang ini tiba tiba dah jadi sabar dan realistik? 

Tapi ni bukan nak backup Mujahid sangat pun. Antara kesilapan Kerajaan dahulu ialah lantik Mujahid sebagai Menteri Agama lah. Orang yang kuat berleter dan gelojoh dalam memberi statement masa mula mula naik. Bila reputasi dah out, buat apa pun orang maki. 

Kawan kawan semua kalau nak sokong PN sokonglah. Cuma doktrin taghut ni kena buang jauh jauh.

Abu Affan
KLIK SINI

SCREENSHOT PENULISAN PEGAWAI KHAS HJ HADI AWANG

 
 
 

STATUS SALAH SEORANG J/KUASA DI FB
 
 
 
 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...